Lelaki China Dihukum Mati Kerana 4M! Apa 4M?
![]() |
| Salah seorang mangsa Zeng Qiangbao. |
4M=Menculik, Mengurung, Merogol, Mendera
Berita Agensi melaporkan seorang pekerja kilang berusia 40 tahun di Wuhan, China telah dikenakan hukuman mati setelah didapati bersalah memaksa dua remaja menjadi hamba seksnya.
Zeng Qiangbao telah mengurung dua orang remaja tersebut di sebuah bilik bawah tanah di rumahnya.
Zeng menculik Lili berusia 16 tahun sekitar pukul 10:00 pagi pada 16 September 2008. Remaja malang itu dibawa ke rumahnya, sebelum merogolnya berulang kali dan merantainya di bilik bawah tanah tersebut.
Pada 2 Julai 2009, Zeng menculik pula seorang lagi remaja bernama Honghong, 19 tahun. Seperti juga Lili, remaja ini turut diperkosa berulang kali dan dikurung di bilik bawah tanah yang sama.
Kes ini terbongkar selepas salah seorang remaja tersebut meletakkan nota kecemasan/SOS dengan mesej "Tolong. Saya sudah ditahan di bilik bawah tanah lebih daripada satu tahun" dalam satu sebuah televisyen, yang kemudiannya ditemukan oleh seorang juruteknik barangan elektrik.
Bersama-sama dengan nota itu, terdapat lakaran peta yang menunjukkan lokasi gadis-gadis itu dikurung, berserta nombor telefon dan alamat keluarga Honghong.
Bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis berjaya menemui dua gadis malang itu dalam keadaan telanjang di bilik bawah tanah tersebut.
Lili telah dikurung selama 590 hari, manakala Honghong pula selama 317 hari. Kedua-duanya telah diperkosa beratus-ratus kali sebelum berjaya diselamatkan pada Mei tahun lalu.
Berdasarkan siasatan, polis juga mendapati Zeng Qiangbao terlibat dengan beberapa kes perkosaan yang lain, merompak dan meragut antara Julai 2007 hingga Mei 2010.
Setelah mengambil kira kekejaman Zeng, mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap lelaki gila seks itu.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. Maaflah blog tidak dapat menyiarkan berita terkini kerana masalah kelembaban perkhidmatan jalur lebar.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.