Awas, Ubat Parkinson Bisa Jadikan Anda "Gay" dan Ketagih Berjudi!
Saya jumpa berita yang perlu diketahui oleh pembaca DUNIACACAMARBA. Sebuah akhbar antarabangsa melaporkan seorang lelaki Perancis mendakwa ubat yang diambilnya untuk merawat penyakit Parkinson telah mengubah dirinya menjadi seorang gay.
Didier Jambart berusia 51 tahun menyaman syarikat farmasi antarabangsa GlaxoSmithKline, pengeluar ubat penyakit Parkinson, iaitu Requip.
Jambart mendakwa kesan sampingan ubat itu telah mengubah dirinya menjadi "penagih homoseksual kompulsif". Berdasarkan kenyataan Jambart, dia mengambil ubat tersebut dari tahun 2003 hingga 2005.
Peguam yang mewakili Lambert berkata bahawa anak guamnya yang menjadi penagih seks homoseksual mula memperkenalkan diri di internet untuk mencari pasangan. Pengalaman seksual yang paling berisiko yang dialami anak guamnya termasuklah "diperkosa" oleh lelaki lain. Anak guamnya itu juga pernah cuba membunuh diri sebanyak tiga kali selepas kehilangan tabungan keluarga kerana berjudi di internet dan mencuri wang untuk membiayai tabiatnya itu.
Label amaran ubat Requip kini menyatakan bahawa sesetengah pengguna "developed gambling problems or other intense urges or behaviours that were compulsive or unusual for them, such as increased sexual urges or behaviours."
Label amaran itu, walau bagaimanapun, tidak dinyatakan sebelum tahun 2006, iaitu selepas Jambart berhenti mengambil ubat tersebut.
Jambart menuntut ganti rugi sebanyak US$610,000 (RM1.87 juta) daripada GlaxoSmithKline kerana menjual ubat yang digelarnya sebagai ubat yang “cacat”.

P/s: Kalau ada sanak-saudara yang mengambil ubat tersebut, maklumkanlah hal ini kepada mereka.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. Maaflah blog tidak dapat menyiarkan berita terkini kerana masalah kelembaban perkhidmatan jalur lebar.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.