Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Khamis, 14 Julai 2011

Isu "Serangan" Hospital Tung Shin & Hospital Bersalin Cina: 11 Doktor "Kantoikan" Polis, Menteri KDN, Liow Tiong Lai, & Chua Soi Lek!!!




Saya petik:

[MK] Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.

"Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air,” kata mereka.

Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu.
Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.

Katanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.

Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.


P/s: Rupa-rupanya dua buah hospital diserang pemedih mata dan meriam air policia!

Salut kepada doktor-doktor ini yang tegas menegakkan kebenaran! Walaupun kita tahu ada segelintir doktor yang sanggup menggadaikan prinsip dan kebenaran kerana takut hilang jawatan atau gentar dengan ugutan mereka yang berkuasa, namun mereka berani. Salut!

Di mana mereka yang terlibat memutarbelitkan fakta mahu menyembunyikan muka?



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH