Michael Douglas NAFI Seks Oral Punca Kanser Tekaknya
[HM] Hollywood: Aktor Michael Douglas semalam menafikan dia mengatakan kanser tekak dihidapinya disebabkan oleh seks oral.
Berikutan menjadi tajuk utama akhbar sedunia, jurucakapnya, Alan Bury berkata, bintang berusia 68 tahun itu dipetik sebagai berkata di luar konteks mengenai virus seks HPV. “Douglas tidak mengatakan kunilingus menjadi punca kanser dihidapinya.
“Sebagaimana dibincangkan bahawa seks oral disyaki menjadi punca kanser oral tertentu. Dia tidak mengatakan ia menjadi punca khusus penyakitnya.” Douglas menghidap tumor lidah pada 2010.
Ditanya sama ada dia menyesal meminum arak dan merokok, dia dilaporkan berkata: “Tidak, kerana kanser jenis ini disebabkan HPV yang berpunca daripada kunilingus.” - AP




Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.