Perogol Ditanam Hidup-hidup Sebelah Mangsa
[HM] La Paz: Penduduk sebuah kampung di kawasan pergunungan di selatan Bolivia mengebumikan seorang lelaki hidup-hidup di dalam kubur seorang wanita yang dirogol dan dibunuhnya.
Santos Ramos, 17, dituduh membunuh mangsa, Leandra Arias Janco, 35, Ahad lalu.
Lebih 200 penduduk kampung menangkap Ramos dan mengebumikannya hidup-hidup di sebelah mayat mangsa.
Menurut jurucakap polis, pihaknya gagal menghalang perbuatan itu selepas penduduk turut menghalang mereka memasuki kampung berkenaan.
Seorang wartawan tempatan yang enggan dikenali berkata, Ramos diikat ketika mangsanya dikebumikan.
Dia kemudian dicampak ke dalam kubur sebelum penduduk memasukkan keranda berisi mayat Leandra dan menimbusnya.





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.