Artis Cun Ini Sah Bercerai Talak Satu
[HM] Seremban: “Alhamdulillah semuanya sudah berakhir, jodoh kami setakat di sini saja, dengan keputusan ini berakhirlah semua konflik rumah tangga saya selama ini.
“Bagaimanapun, saya kesal kerana Aidil tidak sabar dan bertindak terburu-buru menceraikan saya tanpa mengikut proses yang sepatutnya. Bagi saya tindakan Aidil menceraikan saya melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) ini umpama menghina saya sebagai seorang isteri dan wanita serta mahkamah,” kata pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 37, yang sah bercerai dengan pemain bola sepak kebangsaan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 26, di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.
Rita yang berbaju kurung moden dan bertudung dilihat tenang ketika Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor memutuskan penghakiman itu sebaik mendengar hujahan kedua-dua pihak.
“Semuanya sudah selesai, saya berharap jika Aidil ditakdirkan mempunyai jodoh dengan wanita lain, saya doakan dia bahagia dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai suami,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Sementara itu, Aidil ketika ditemui mengakui sedih dengan perceraian itu, tetapi terkilan dengan sikap Rita yang memburukkan namanya melalui media sosial.
“Dia melepaskan geram dengan cara itu sedangkan hal rumah tangga tidak boleh dihebohkan. Apapun dia pernah menjadi isteri dan masih ibu kepada anak-anak saya.
“Saya sedih dengan perceraian ini, tetapi reda atas apa yang berlaku kerana saya yakin ada hikmah di sebaliknya,” katanya.
Aidil yang juga pemain Johor Darul Takzim itu berkata, perceraian itu berpunca daripada kesilapan mereka dan tiada kena mengena dengan orang ketiga atau keluarganya.
“Biarlah masalah ini saya simpan dan tidak perlu orang lain tahu. Namun, saya mahu menasihati Rita, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan sesekali mengaibkan suami,” katanya.
Katanya, siapa yang tidak sedih apabila perkahwinan yang pada mulanya suka sama suka akhirnya berakhir begini. “Saya reda dan terima jodoh kami hanya setakat ini saja, tetapi tidak pernah berdendam dengan Rita,” katanya.
Aidil dan Rita bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada Februari 2008 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 10 bulan. - 6/7/13
Lanjut di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.