Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Selasa, 17 September 2013

[PANAS] Polis Awasi Sempadan SEKAT Mayat Chin Peng Diseludup Masuk



Polis Awasi Sempadan, Sekat Mayat Chin Peng

[MK] Polis mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghalang abu atau mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng, yang meninggal dunia di Bangkok semalam, dari dibawa pulang ke negara ini.

Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memantau semua pintu masuk ke negara ini bagi memastikan mayat tersebut tidak diseludup masuk.

“Semua pintu masuk ke Malaysia di pantau dan pasukan polis berjaga-jaga untuk mengelakkan mayat Chin Peng masuk ke negara ini,” katanya dalam satu tulisan di Twitter.

Khalid dalam interaksi dengan pengguna Twitter juga mempertahankan tindakan tersebut kerana menurutnya Chin Peng bertanggungjawab ke atas kematian ramai anggota polis dan tentera semasa Darurat.

Beliau antara lainnya mengulas kenyataan MP Segambut Lim Lip Eng.

Lim membangkitkan bahawa penceroboh Sulu dari Filipina yang membunuh sembilan orang anggota keselamatan Malaysia awal tahun lalu ini di Sabah, dikebumikan di negeri tersebut.

Khalid berkata, kerajaan akan menggali semula kubur berkenaan apabila timbul tuntutan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga menegaskan bahawa mayat Chin Peng tidak akan dikebumikan di Malaysia.

Seorang bekas anggota PKM, Fang Shan dilaporkan berkata, Chin Peng berhajat agar abu mayatnya dikebumikan di kampung kelahirannya di Setiawan, Perak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, abu mayat itu juga tidak akan dibenarkan masuk ke bumi Malaysia. -17/6/13


P/s: Sampai begitu sekali??


Anda bayangkan berapa lama British menjajah Tanah Melayu, berapa banyak rakyat Tanah Melayu dibunuh dengan kejam oleh British? Berapa banyak hasil mahsul bumi Malaysia ini dikebas penjajah itu? Berapa lama pula Jepun mengganas di Tanah Melayu? Berapa banyak wanita diperkosa dan dibunuh oleh Jepun? Selepas merdeka, kita menjalinkan hubungan diplomatik dan kekejaman yang berlaku dibiarkan tercatat dalam sejarah. Walhal dalam kes PKM, Malaysia sudah pun berdamai dengan parti itu dalam Rundingan Damai Haadyai 1989. Baca kandungan perjanjian di sini.

Kata Dr Dzul, Malaysia sepatutnya membenarkan mayat Chin Peng disemadikan di sini. Dalam Rundingan Damai Haadyai 1989 seperti dipetik daripada Wiki, Chin Peng dilaporkan selaku wakil PKM berikrar taat setia kepada Yang Dipertuan Agong dan ahli PKM pula akan mematuhi undang-undang negara Malaysia. Oleh itu, tidak bolehkah Malaysia menerima jasad Chin Peng walaupun atas dasar kemanusiaan?

Bagi TM, pihak polis sepatutnya mengetatkan kawalan sempadan daripada aktiviti jenayah dan penyeludupan senjata api atau dadah, tambahan pula dikatakan senjata api banyak diseludup masuk dari negara jiran. Atas nama maruah, keluarga Chin Peng di Thailand tidak tergamak melakukan perkara yang terbayang dalam fikiran polis Malaysia.


Berkaitan:


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH