Tunggang Motosikal dalam Keadaan Mabuk
[SH] KULIM - Sepasang kekasih berusia 20-an yang sedang menunggang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ ditahan kerana penunggangnya dipercayai di bawah pengaruh alkohol.
Lelaki berkenaan bekerja sebagai penoreh getah manakala teman wanitanya tidak bekerja berkata, mereka datang ke Kulim untuk bersiar-siar.
Ketika kejadian, suspek dilihat menunggang dalam keadaan terhuyung-hayang.
Apabila menyedari polis sedang membuat pemeriksaan, suspek cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan polis menemui sebotol arak.
Suspek menyatakan dia hanya akan minum air itu pada hari tertentu sebagai hiburan, selain mengurangkan rasa sakit badan setelah penat bekerja.
“Selalunya saya akan minum pada hari tertentu seperti hari raya, hari merdeka untuk suka-suka sahaja,” katanya.
Sementara teman wanita suspek berkata, dia tidak tahu suspek minum arak sehingga polis menahan dan mendapati terdapat sebotol arak di dalam beg yang digalasnya. - 4/9/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.