Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Isnin, 12 Mei 2014

Umno Guna Hudud untuk Pecah Belahkan Pakatan Rakyat – Sayuti Omar




[KD] KUALA LUMPUR 11 MEI: Kerajaan pusat tidak ikhlas menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan sebaliknya menggunakan isu tersebut untuk memerangkap kerajaan negeri itu bagi tujuan memecah belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan kuliah bertajuk Ekonomi Manusiawi di Puchong semalam berkata, Umno sebenarnya tidak mempunyai hala tuju jelas untuk merialisasikan impian kerajaan Kelantan itu.

Malah sokongan yang dinyatakan itu hanya digunakan bagi menutup kelemahan demi kelemahan yang dilakukan oleh kerajaan pusat. Penulis dan penganalisis politik semasa, Mohd Sayuti Omar ketika dihubungi turut sependapat dengan apa yang disampaikan oleh Anwar, malah berpendapat sokongan palsu oleh kerajaan pusat itu hanya satu perangkap politik.

“Kenyataan itu hanya satu kenyataan untuk meraih sokongan politik, kehilangan majoriti 2/3 dalam parlimen membuatkan mereka terdesak.

“Mereka selama ini menghina hudud, kenapa sekarang tiba-tiba mahu menyokong. Mereka sebenarnya berniat untuk memecah belahkan kita dalam pakatan rakyat dengan dasar pecah dan perintah mereka,” tegasnya

Sayuti menjelaskan, Umno BN sedang mengatur strategi bagi melemahkan Pakatan rakyat. Selain cuba memenjarakan Anwar, isu hudud digunakan bagi memastikan mereka mampu terus mengekalkan kuasa.

“Mereka kata mereka sokong hudud, tapi lihat kepincangan dalam kes melibatkan Anwar, mereka sendiri mempergunakan mahkamah. Sekarang mereka cuba goyahkan kesepakatan pakatan rakyat dengan menggunakan isu hudud pula.

“Tindakan mereka ini satu taktikal politik bagi memerangkap kerajaan PAS Kelantan,” jelas sayuti yang tegas mahu kerajaan PAS Kelantan tidak terpengaruh.

Anwar pada sabtu lalu menyelar sikap berpura-pura Umno apabila kononnya menyokong pelaksanaan hudud, beliau mencabar umno yang menerajui kerajaan pusat memperbetulkan terlebih dahulu kepincangan yang dilakukan mereka dalam pentadbiran.

“Jika betul nak buat, dia kena betulkan rasuah yang meluas, kezaliman, bahang perkauman, menghina orang dan salah guna kuasa. Peguam negara macam itu, hakim macam ini. Nak cakap soal hudud. Apa dia?” katanya. - Azuan Abd Rahman/12/5/14


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH