Perompak Tersungkur Ditendang Wanita
![]() |
PADAH: Suspek yang cuba bertindak agresif ditahan orang ramai dan polis di tempat kejadian. |
Perompak Tersungkur Diterajang Wanita Berjaya Ditangkap Orang Awam
[Borneo Post] KUCHING: Seorang wanita bertindak berani dengan menendang perut lelaki yang cuba merompaknya sehingga berjaya ditangkap oleh orang awam di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini, semalam.
Menurut sumber, mangsa yang berusia 20 tahun semasa kejadian dikatakan ingin melintas jalan apabila dia didatangi suspek yang bertopi keledar sekitar jam 9.50 pagi.
Difahamkan, suspek meminta mangsa menyerahkan barang berharga kepadanya dan pada masa sama, mengancam akan mencederakannya jika cuba melawan.
“Mangsa bagaimanapun enggan menuruti permintaan suspek, sebaliknya mengerah sepenuh kudratnya untuk menendang perut suspek yang menyebabkan dia terjatuh.
“Orang awam yang melihat insiden tersebut bergegas membantu mangsa dan berjaya menghalang suspek daripada melarikan diri,” kata sumber.
Suspek yang berusia 23 tahun dan berasal dari Kampung Sungai Midin kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Selain itu, pihak polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 dipercayai milik suspek untuk membantu siasatan. - Jeremy Lanson/16/10/14
RAWAT: Suspek dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.