Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 1 Disember 2014

Hudud: “Tak ada masalah untuk laksana tahun depan, itu hak negeri yang tentukan semuanya.” - Jamil Khir Baharom



‘Itu Hak Negeri’

[Harian Metro] Kota Bharu: “Tak ada masalah untuk laksana tahun depan, itu hak negeri yang tentukan semuanya,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata demikian mengulas kesediaan Kelantan melaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah II atau hudud dijangka bermula tahun depan.

Menurut Jamil Khir, kerajaan negeri berkuasa sepenuhnya menetapkan tempoh sebenar undang-undang itu boleh dilaksana, bukan Jawatankuasa Teknikal Peringkat Kebangsaan.

Katanya, jawatankuasa itu hanya bertanggungjawab memperinci perundangan berkenaan dan bersama membantu memperkemaskannya lagi sebelum ia dibentang dan diluluskan di Parlimen.


“Ia (tempoh melaksana) bukan tertakluk di bawah jawatankuasa sebaliknya tertakluk negeri yang melaksana, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang punya kuasa sepenuhnya dalam pelaksanaan hukum-hukum yang berkaitan negeri.

“Jadi maknanya dari sudut pelaksanaan, itu di bawah kuasa negeri masing-masing... terpulang pimpinan negeri. Kami tak ada masalah kalau kata nak laksana tahun depan.

“Di pihak (kerajaan) negeri sendiri sama ada sedia atau tidak dan atas hak masing-masing untuk laksana ikut prosedur,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Peringkat Kebangsaan di Balai Islam, di sini, semalam.

Majlis pertama kali diadakan itu dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Kelantan Datuk Mohd Nassaruddin Daud dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha.

Johan qari dimenangi Mohammad Faizul Mohammad Aziz dari Sarawak dan qariah dimenangi Nur Hazifah Abdul Hamid dari Kelantan.

Kedua-duanya menerima piala iringan dan wang tunai RM4,000.

Akhbar sebelum ini melaporkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai berkata, Kelantan bersedia di segi persiapan asasnya dan perancangan melaksanakan hudud, tahun depan.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, majlis tilawah al-Quran peringkat GLC, program rintis dimulakan Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM yang akan mengeratkan hubungan terjalin antara JAKIM dan GLC. - 1/12/14


P/s: Apa tindakan yang terlah diambil oleh kerajaan negeri untuk melaksanakan hudud? Apakah persediaan yang telah dibuat? Adakah rakyat Kelantan diberi kefahaman tentang hudud dan pelaksanaannya? Adakah rakyat Kelantan sudah mengetahui kesalahan yang terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II?

Banyak lagi soalan yang admin mahu tanya...

  

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH