MB PERAK: KEDUDUKAN ZAMBRY BELUM SELAMAT
SAYA MASIH KEPENING-PENINGAN MELIHAT DAN MEMBACA KECACAMARBAAN MANUSIA-MANUSIA MEMBUAT INTEPRITASI TERHADAP UNDANG-UNDANG CIPTAAN MEREKA. SEORANG KATA BEGINI, TIGA ORANG LAGI BERKATA BEGINI. AKHIRNYA, KATA-KATA TIGA ORANG ITU TADI DAPAT MENGALAHKAN KATA-KATA SEORANG INTEPRETOR. NAMUN, EPISOD KECACAMARBAAN INI MASIH BELUM BERAKHIR.
SELEPAS INI, EPISOD KECACAMARBAAN INI MUNGKIN AKAN DIDENGARI OLEH LIMA ORANG INTEPRETOR. ADAKAH KATA-KATA LIMA ORANG INI DAPAT MENGALAHKAN KATA-KATA TIGA ORANG INTEPRETOR ITU TADI? IKUT LOGIK SUDAH TENTULAH KATA-KATA LIMA ORANG INTEPRETOR INI DAPAT MENGALAHKAN KATA-KATA TIGA ORANG TADI SEPERTI KATA-KATA TIGA ORANG ITU TADI MENGILAFKAN KATA-KATA SEORANG INTEPRETOR TADI. ITULAH INTEPRETASI MANUSIA-MANUSIA TERHADAP PERTIMBANGAN DAN IDEA INTEPRETASI MANUSIA-MANUSIA.
SAMPAI TAHAP BEGITU PENULIS MEMBUAT KESIMPULAN TERHADAP KECACAMARBAAN YANG BERLAKU. PADA PENULIS, DALAM HAL INI, INTEPRETOR YANG TERBAIK IALAH KITA SEMUA.
"PUTRAJAYA: Episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya masih belum berakhir! Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.
Keputusan yang diumumkan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.
Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin ini terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
Selepas keputusan diumumkan kira-kira pukul 3.50 petang semalam, Sulaiman memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bertulis bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.
"Kami menghargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.
Hakim Md Raus berkata, beliau akan mengusahakan perkara itu dalam masa seminggu.
Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Hakim Md Raus berkata, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain."- Mstar Online
memang cacamarba...
Comment by husnurijal @ Sabtu, Mei 23, 2009 11:31:00 PG