
[MK] 1.54pm: Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur
menasihatkan warganya agar tidak mengunjungi kawasan pantai timur Sabah,
termasuk bandar Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Satu
kenyataan yang dikeluarkan pejabat kedutaan berkenaan menyebut
menjangkakan lebih banyak insiden keganasan akan berlaku di kawasan
terbabit.
1.42pm: ABS-CBN melaporkan bahawa
Filipina meminta pihak berkuasa Malaysia untuk membantu menyediakan
perjalanan keluar yang selamat dari Sabah untuk wanita Filipina dan
mereka yang bukan penceroboh bersenjata.
Setiausaha Luar
Filipina, Albert del Rosario (kanan) telah meminta rakan sejawatannya
dari Malaysia untuk berbuat demikian supaya mereka dibenarkan
meninggalkan kawasan pertempuan di sana.
Del Rosario juga meminta
Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila untuk menyampaikan nota kepada duta
Malaysia ke Filipina untuk berhubung rayuan tersebut.
Menteri
Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman berkata beliau akan menyampaikan
permintaan itu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zamid Hamidi.
1.30pm:
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri
Pertahanan Zahid Hamidi tiba di Felda Sahabat dengan helikopter dan
diiringi ke bilik taklimat.
1.15pm: pegawai-pegawai Jabatan Penerangan mengedarkan jaket kuning terang bertulis 'media' kepada wartawan di pusat media.
"Ini
adalah permintaan pihak polis, jadi kita mematuhinya. Ia akan lebih
mudah mengenal pasti petugas media," jelas seorang pegawai.
1.08pm: The Star dalam laporan di Twitter menyebut, Semporna diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan Ops Sulu di Tanduo.
1pm: Dalam
satu lagi laporan pada 12.43pm, Philippine Daily Inquirer melaporkan
dakwaan Azzimudie, yang mengetuai kumpulan bersenjata Sulu di Lahad Datu
memberitahu jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani bahawa mereka
sedang "beristirahat".
12.50pm:
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul
Wahab berkata makanan disediakan untuk penduduk yang tersesar.
"Mereka ditempatkan dalam dewan... berdekatan dan kami membantu mereka. Tiada masalah makanan atau air," katanya.
12.44pm: Laman
The Philippine Inquirer menyiarkan laporan mendakwa Askar Diraja Sulu
tidak bercadang untuk menyerah walau digempur pasukan keselamatan
Malaysia.
Laporan itu menyebut, jurucakap kesultanan Sulu Abraham
Idjirani memberitahu satu stesen radio bahawa kumpulan itu akan terus
berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Idjirani yang
memetik Azzimudie Kiram mendakwa bom yang dilepaskan jet Malaysia jatuh
ke kawasan berkenan tetapi tidak mengenai kumpulan bersenjata Sulu.
InterAksyon.com juga menerbitkan laporan sama pada jam 10.46 pagi ini.
"Tidak.
Tidak menyerah," kata Idjirani, yang menambah Azzimudie dalam perbualan
terakhir mereka melalui telefon memberitahunya bahawa mereka akan
berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Laporan itu tidak menyatakan masa panggilan telefon itu dibuat.
Idjirani juga dilaporkan berkata, mereka akan mencari jalan untuk keluar dari keadaan bahaya demi kelangsungan kumpulan itu.
"Ini
hanya bermakna merka hanya takut kepada kita... Jika mereka berani,
mereka tidak akan guna pasukan besar untuk mengelakkan tuduhan
(bertindak) keterlaluan. Mereka menunjukkan kepada dunia bahawa apa yang
mereka lakukan keterlaluan."
11.54am: Ketua polis negara Tan Sri
Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis dan tentera masih
menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan
keselamatan negara.
Pasukan Malaysia kini menjalankan operasi
'mopping up'. Tiada korban di pihak kita direkodkan setakat ini namun di
pihak musuh masih belum diketahui.
Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi mengenai jumlah kemalangan kerana akan menjejaskan Ops Sulu ini.
Katanya, operasi ini hanya difokuskan di Kampung Tanduo.
11.50pm: Seorang
wartawan ABN-CBS memuatkan gambar penunjuk perasaan membakar gambar
menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan presiden negara
itu, Benigno Aquino.
Kumpulan berkenaan berbuat demikian dalam perhimpunan di luar kedutaan Malaysia di Filipina.
11.35am: The Star yang memetik sumber polis melaporkan, kumpulan penceroboh bersenja di Kampung Tanduo berjaya ditewaskan sepenuhnya.
Ia tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa pasukan kita, lapor laman itu.
11. 25am: Satu-satunya
stesen minyak di kawasan Felda Sahabat kehabisan petrol. Kawasan itu
terletak kira-kira 15km dari Kampung Tanduo yang menjadi medan
pertempuran.
11.10am: Bercakap dalam satu
akhbar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih
berjalan dan pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan
tentera mendapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang
dilepaskan oleh pihak musuh.
Katanya, ketika ini pasukan keselamatan sedang menjalankan pengeledahan terhadap beberapa buah rumah di kampung tersebut.
Ketika
sidang akhbar itu diadakan, beliau berkata, setakat ini tidak ada
kehilangan nyawa di pihak keselamatan di pihak PDRM dan tentera.
11.02am: Pekerja
ladang kelapa sawit dilihat berkumpul di bawah satu pondok sementara.
Mereka diminta menangguhkan tugas sementara polis memperluaskan kawalan
di sekeliling ladang tersebut yang terletak hampir dengan kawasan
pertempuran
Turut bersama pekerja tersebut ialah seorang penduduk, Sabri Abdullah, 49, yang tidak dapat pulang disebabkan kawalan polis.
"Saya menunggu untuk pulang sejak pagi ini. Saya lapar dan tidak ada makanan," katanya kepada Malaysiakini.
Tambahnya, mereka orang miskin dan tidak mempunyai wang dan terpaksa menyediakan makanan sendiri.
11am: Datuk Seri Najib Razak berkata operasi
besar-besaran hari ini bermula dengan serangan udara menggunakan pesawat
TUDM, serangan mortar dan diikuti serangan oleh pasukan tentera darat
dan polis.
"Kita bermula dengan serangan udara melalui pesawat
TUDM diikuti dengan kekuatan mortar dan pada saat saya sedang berucap
ini, pasukan tentera darat dan anggota polis, dalam kereta dengan
anggota yang mengikuti dibelakang sedang melakukan tindakan untuk
memberkas, menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan
negara,"katanya.
Menurutnya, tindak tanduk "yang berhemah"
tersebut, pada awalnya tidak ada niat lain melainkan untuk tidak
membenarkan setitik darah tertumpah di bumi Sabah, sama ada rakyat
Malaysia atau kumpulan yang menceroboh.
"Namun umat dukacita,
niat murni kita telah dibalas dengan tembakan dengan sangat kejam yang
dilakukan kepada pasukan polis kita," katanya dalam satu majlis di Bukit
Jalil.
10.45am: Media
Filipina melaporkan jurucakap presiden negara itu Benigno Aquino berkata
Manila melakukan apa yang termampu untuk mengelakkan situasi di Sabah
berakhir dengan keganasan.
“Kami melakukan semua yang kami mampu
untuk mengelakkannya, namun akhirnya orang (Jamalul) Kiram memilih jalan
ini,” kata Setiausaha Ricky Carandang.
10.43am: Kedutaan
Filipina di Kuala Lumpur mendedahkan satu pertemuan diadakan pada malam
tadi di antara setiausaha luar negaranya Albert F del Rosario, menteri
luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan menteri pertahanan Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi.
Pertemuan di Kuala Lumpur itu bagi membincangkan langkah untuk penyelesaian aman berhubung situasi di Lahad Datu.
10.17am: Memetik
laporan dari ANC News Channel, InterAksyon.com melaporkan bahawa bom
telah digugurkan kira-kira satu kilometer jauhnya dari kubu Azzimudie
Kiram dan orang-orangnya.
Azzimudie berkata pihaknya tidak pasti
sama ada bom tersebut mensasarkan mereka atau pengikut mereka, tetapi
mereka kekal selamat dan bersedia untuk bertempur.
Sementara itu di Manila, sekumpulan penunjuk perasaan tiba di kedutaan Malaysia untuk mengutuk serangan itu.
10.15am:
Azzimudie Kiram, pemimpin penceroboh, meluahkan kemarahannya terhadap
kerajaan Filipina, dalam temubual radio dengan InterAksyon.com - portal
berita dalam talian saluran TV Filipina TV5.
"Kerajaan
mengarahkan penangkapan sahabat kita walaupun kita tidak melakukan
apa-apa yang buruk," katanya. "Ia seperti kita bulan rakyat Filipina."
Sementara
itu, Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan, memberitahu stesen radio
dzBB bahawa Azzimudie telah menelefon untuk memberitahu mereka tentang
serangan tersebut.
"Tidak ada apa yang dapat dilakukan tentang itu sekarang," kata Idjirani dalam satu wawancara berasingan dengan AFP.
Beliau mengulangi pengumuman awal Azzimudie bahawa mereka akan berjuang hingga ke akhir ayat.
"Kami bukan penceroboh. Mereka (rakyat Malaysia) adalah orang yang menduduki tanah nenek moyang kami," katanya.
10.09am: Pihak
polis telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung
Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa
dibenarkan masuk ke kawasan itu.
Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.
10.05am:
Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan
Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di
sana.
9.55am: Azzimudie
Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan
Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas
kedudukan mereka di Lahad Datu.
Pemimpin tentera diraja itu juga
melahirkan kekecewaan terhadap pendirian Presiden Filipina Benigno
Aquino berhubung krisis tersebut.
Beliau berkata kerajaan
Malaysia dan Filipina jelas telah berhenti mendengar gesaan mereka untuk
menyelesaikan krisis tersebut secara aman.
9.45am: Menurut
ABS-CBNnews, sebelum serangan, pagi ini Azzimudie Kiram, yang mengetuai
kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, memberitahu radio dzMM bahawa
dia tidak risau dengan rancangan kerajaan Malaysia untuk membawa lebih
ramai tentera ke Sabah untuk membanteras mereka.
Azzimudie
berkata dia dan tenteranya akan tidak akan berganjak walaupun kerajaan
Malaysia dan Filipina telah berulangkali menggesa mereka supaya
menamatkan pencerobohan tersebut.
"Ini adalah masa. Kami perlu
komited untuk memperjuangkan hak kami. Saya meminta mereka (Filipina)
melakukan sesuatu untuk menyokong kami.
"Mereka tidak boleh
menakutkan kami kerana kami berjuang untuk hak kita - hak Bangsa Sulu
dan secara umum, rakyat Filipina. Iaitu, jika kerajaan Filipina masih
menganggap kami adalah rakyat Filipina," katanya.
9.41am:
Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani,
jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang
mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan
sekurang-kurangnya dua butir bom.
Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.
Stesen radio itu juga berkata pertempuran itu berlaku 107 tahun selepas bermulanya Perang Bud Dajo di Sula pada 1906 .
Dalam
pertempuran itu 1,000 Tausug, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah
dibunuh oleh tentera Amerika juga dikendali sebagai Pembunuhan Bud Dajo.
9.37am: Menurut sati sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.
9.15am:
Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran,
persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan
tersebut.
9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
8.54am: Seorang
pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan
jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung
sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa
sawit.
8.45am:
Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan
menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.
Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.
"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.
Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini.
8.19am Pasukan
keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh
bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari
ini.
8:18am: Letupan
kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan
penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100
penduduk kampung melarikan diri.
"Mereka telah mula mengebom
kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat
itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.
Penduduk
kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran
dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari
Filipina berkubu.
Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.