Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Selasa, 5 Mac 2013

Apa Kata Bekas Jeneral tentang Pencerobohan di Lahad Datu?




[KD] KUALA LUMPUR 5 MAC: Konflik bersenjata di Lahad Datu Sabah yang masuk minggu keempat mengundang kritikan keras daripada jeneral bersara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab berkata, kelewatan Najib Razak dan Kementerian Pertahanan membuat keputusan menyebabkan lapan anggota keselamatan terkorban.

Katanya, sekiranya tindakan diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara sejak minggu pertama pencerobohan, tentunya situasi lebih mudah ditangani.

“Mengapa (operasi masih) diberi kepada pihak polis sedangkan musuh datang dari pihak luar? Ini tugas tentera.

Keputusan menentukan strategi (menyerang musuh) juga mengambil masa lama. Lebih buruk, perisikan juga kelihatan gagal mengenalpasti identiti dan keupayaan (persenjataan) musuh.

“Kerajaan sepatutnya memutuskan sama ada menggunakan taktik peperangan konvensional atau kaedah mengawal insurgensi (pemberotakan). Atau strategi bercampur antara kedua-duanya?” kata Hadi yang juga anggota sekretariat Majlis Rundingan Keselamatan KEADILAN.

Hadi turut membidas Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) ATM kerana lalai melaksanakan tugas hingga gagal memberi amaran awal pencerobohan.

“Kita persoalkan unit perisikan tentera. Apakah mereka ambil mudah semua yang berlaku. Mengapa pencerobohan terjadi tanpa dikesan pada peringkat awal?

“Inilah akibat apabila BN memperguna unit perisikan untuk mengekori pemimpin Pakatan. Akhirnya tugas penting mempertahankan negara terabai.

“Saya cabar mereka mengambil tanggungjawab dan segera meletak jawatan,” tegasnya.

Selain itu, Hadi kecewa terhadap kepimpinan Najib yang patut mencari jalan penyelesaian, bukan menunding jari ke arah Pakatan Rakyat.

“Beliau cuba mengalih pandangan umum dari krisis ini dengan menyalahkan Pakatan, seolah-olah krisis ini disebabkan oleh Pakatan dan bukan kelemahan pentadbirannya,” kata Hadi.




  1. Patutlah di bersarakan.....cakap macam orang terencat akal

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Mac 05, 2013 9:41:00 PTG      
  2. di bersarakan???? tanpa nama.. ko ni betul ke x betul?? phm ke x,ape mksud bersara?

    gravatar Comment by without name @ Rabu, Mac 06, 2013 2:54:00 PG      
  3. Sebenarnya komen Tanpa Nama 05/03/2013 : 9:41 ptg
    Adalah komen orang yang tidak dapat melihat atau menerima kenyataan.
    Butakah kamu, pekak kah kamu atau tulikah kamu?
    SELAMA LEBIH 24 HARI media arus perdana, tv 1 hingga xx dan akhbar-akhbar pembungkus sampah DIAM SEPI MENGENAI PENCEROBOHAN IN?
    Setelah 8 wira gugur maka terserlahlah muka-muka katak puru ini di tv dan berdendanglah suara sumbang didada akhbar perdana beroa dan memuji wira ini.
    Selepas ramai menjadi janda dan anak-anak menjadi yatim dan hampir 18 jam kemudian baru PIHAK BERWAJIB melibatkan tentera darat dan udara?

    Wahai Tanpa Nama 05/03/2013 : 9:41 ptg : TIDAKKAH KAMU LIHAT OPERASI BERMULA JAM 7:00 pagi oleh TUDM/TENTERA SELESAI KURANG DARI 6 JAM KEMUDIAN?

    Atau kamu lebih TERANCAT AKAL DARI ORANG YANG KAMU KEJI?

    Saudara saya seIslam gugur kerna kecuaian pihak bertanggung jawab ramai isteri hilang yang tercinta, anak-anak menjadi yatim TETAPI JIKA MERKEKA GUGUR JUGA SETELAH DIJALANKAN IKHTIAR DAN USAHA MAKA ITU TAKDIR NAMANYA.......

    Berhati-hatilah sahabat nak membuat komen...... Jika ilmu tak ada lebih baik DIAM.

    Taiko minyak beku

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Mac 06, 2013 7:37:00 PG      
  4. Najib, Najib, Najis mughalzah,
    Semalam dikedai terdengar kata-kata najib ini dalam news tv mana tak tau... (Dengar tak tengok asyik beli barang), ini kata dia
    "...... ketika saya berucap ni pun pasukan keselamatan kita sedang berbaris-baris dibelakang kereta perisai menggempur musuh...."
    Ish ish dia ingat ni cerita wayng ke.....
    Dia cuba membodohkan odeon yang ada dalam majlis tu..... Majlis nya tak tau pula. Nak coverline pun biarlah cerdik najib ooi.... Orang disana menggadai nyawa.....awak kata mereka berbaris di belakang kereta perisai..... Memang pm ini tak cerdek....

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Mac 06, 2013 9:00:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH