Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Selasa, 5 Mac 2013

Balu Sultan Sulu Kata Pencerobohan Hanya Drama, Najib Kata Tuduh Sandiwara Kerajaan Keji



Balu Sultan Sulu dakwa ceroboh Sabah hanya drama 

[SH] MANILA - Balu kepada Sultan Sulu, Mohd Mahakuttah Kiram percaya pertempuran yang sedang berlaku di Sabah hanya satu drama dan menegaskan ia hanya sebagai pelan permainan untuk mendapatkan kembali hak milik mereka.

Balu Sultan Sulu dakwa ceroboh Sabah hanya drama
Maryam Kiram (kiri) bercakap pada sidang media di Makati semalam. - Foto ihsan The Philippine Star

Bercakap kepada pemberita semalam, Puteri Maryam Kiram mendakwa yang dirinya juga pernah ditawar untuk menjadi sebahagian dari drama oleh pihak-pihak berkenaan satu ketika dahulu.
“Saya yakin perkara ini hanya drama selepas saya pernah duduk sekali bersama mereka.

"Saya juga bersedia untuk berunding bagi menyelesaikan konflik ini dari terus berlanjutan. Penyelesaian bersama kedua-dua belah pihak dapat dicapai,” ujar beliau dipetik The Philippine Star.

Maryam bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai "drama" tetapi mendakwa yang media turut memainkan peranan dalam mengada-adakan cerita.

Beliau yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu berkata ahli keluarga diraja telah menubuhkan Yayasan Diraja Kesultanan Sulu.

Maryam turut berharap dapat mengadakan perbincangan dengan pemimpin Malaysia.

Beliau turut yakin yang kerajaan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan mampu menyelesaikan perkara ini secara baik.


Menuduh peristiwa di Lahad Datu sandiwara kerajaan perbuatan keji

[Bernama] KUALA LUMPUR - Perbuatan menuduh peristiwa pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara kerajaan adalah perbuatan yang cukup keji, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Beliau yang sedih kejadian pencerobohan itu telah mengakibatkan lapan anggota keselamatan terkorban, berkata manusia yang tergamak berkata sedemikian adalah mereka yang tidak mempunyai perasaan dan tidak berhati perut.

"Apabila ada kumpulan yang menceroboh bumi Malaysia di Sabah, gugurnya perwira-perwira, kehilangan nyawa, yang paling sedih dan yang menyayat hati saya apabila saya terpaksa pergi ke lapangan terbang untuk menerima jenazah wira-wira negara.
 
"Apabila saya berdepan dengan balu-balu, anak-anak mereka, saya cukup sedih. Ada seorang balu kehilangan suami dalam keadaan dia mengandung sebulan, ada anak (berumur) lima hingga enam tahun yang tidak tahu apa, dia beritahu saya bapa kena bom seolah-olah bapa dia akan muncul semula. Inilah kisah-kisah yang menyedihkan saya.
 
"Tetapi ada juga orang yang tergamak menuduh ini satu sandiwara kerajaan. Saya tak tahu apa saya nak kata kepada manusia seperti ini. Manusia yang tergamak cakap macam itu, takde perasaan dan hati perut, satu perbuatan yang cukup keji. Sebab itulah, kita perlu menolak orang seperti ini," katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini hari ini.

Umno telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Chua Tian Chang berhubung kenyataan beliau yang mengaitkan Umno dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.
 
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan semalam berkata tindakan itu diambil melalui Penasihat Undang-Undang parti iaitu Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak.
 
Beliau berkata notis telah dihantar kepada Tian Chua yang juga anggota Parlimen Batu menuntut supaya beliau dalam tempoh tujuh hari bermula semalam berhenti membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu tersebut atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap Umno.



Menarik:

  1. minah mongolia kena letup kat puncak alam dgn c4 keluargaa dia x sedih ke PM ? masalahnya adalah kegagalan kerajaan ameno (BN) menangani kes tsb dr awal...skrg nyawa pasukan keselamatan jadi taruhan..baru nk terhegeh2..apa sepupu kau cakap dlm akhbar ?? sendri boleh pikiaq PM...

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Mac 05, 2013 5:17:00 PTG      
  2. Udahlah Najib, nak sedih2 pulak... kalau hang hantar askar2 awal2 dh tentu nyawa polis2 ni tak tergadai... budak sekolah pun boleh pikir.Tak payahlah nak tutup bangkai busuk hang tu yg dh tak boleh boleh ditutup lagi. Teknologi canggih skrg dh tak boleh cover apa2 dh, tak boleh tipu.Sekejap je tersebar mengalahkan virus.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Mac 05, 2013 7:55:00 PTG      
  3. Wei bodoh !!! Ckp dngn bpak ko jngn amek RM500 yg kerajaan bgi tu tau ! Ko pon same !! Jngn mkn duit rakyat !!! Kalau takat ko ckp kosong tpi tak boleh buat pape utk rakyat lbih baik ko bwk parti ko beramb0s cri tanah lain bangun kn sndri !! Jngn buat huru hare kt malaysia nie !! Sbb kami nk hd0p aman kt malaysia nie !!!! Wei pencacai PKR haram !!! Itu hari skit pnye bnyk berhimpun kt KL nie , hah ! Mne ?? Bwk lahh himpunan bersih ko tu ke sabah kalau nk publisiti sgt !!! Bru melet0p !! Takat kt KL nie tunjuk bg0s tak dpt ape pun !!!!

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Mac 06, 2013 3:29:00 PTG      
  4. lahad datu..........
    1. utk alih perhatian pru
    2. utk resahkan pengundi sabah sarawak
    3. Bugis cuci tangan, suluk jadi mangsa... selepas mula timbul benci kdm kepada bugis dan akibat rci...
    permainan siapa ni

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Mac 07, 2013 9:31:00 PG      
  5. Rm100 ngn rm500 tu duit kami semua ye tax payers.. bukan duit kerajaan. Harap maklum. Cakap pencacai PKR haram kunun, back at you dude! Pencacai umno!

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Mac 10, 2013 3:16:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH