[Panas] SAH, Kakitangan HKL Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib Jika Pasang Pelekat Sokong Pakatan Rakyat
Surat pekeliling yang didakwa diedarkan kepada Ketua Jabatan HKL ini saya salin dan tampal dari FB. Kesahihan atau ketulenannya tidak dapat dipastikan. Jika rekayasa, pihak HKL boleh tampil memberikan penjelasan.
Jika tulen dan sahih, maka sahlah kakitangan HKL selama ini menerima gaji daripada poket BN. Jika tidak mengapa hak mereka untuk menyokong parti politik dinafikan oleh pihak pentadbiran hospital itu? Lainlah jika kakitangan HKL menerima gaji dari poket BN yang sudah tentu tidak membenarkan "pekerja" mereka menyokong parti lawan.
Larangan yang dikuatkuasakan serta-merta ini melarang kakitangan HKL dari mana-mana bahagian atau jabatan memasang atau melekatkan pelekat yang menyokong parti pembangkang (PR) pada kenderaan atau premis HKL. Keingkaran kakitangan boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib. Mungkin banyak pihak yang tertanya-tanya, adakah peraturan atau undang-undang yang berkaitan dengan HKL ada melarang kakitangan berbuat demikian?
Surat yang tertera nama dan tandatangan Pengarah Hospital Kuala Lumpur ini bertarikh 4 Mac 2013.-DCM
P/s: Janganlah terdesak sangat. Malu!!!
Kemas Kini:
[Selangorku] SHAH ALAM, 7 MAC : Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkah semua anggotanya tidak dibenarkan meletakan sebarang pelekat (sticker) yang mempunyai logo parti pembangkang sama ada di kenderaan masing-masing atau mana-mana bahagian di dalam premis HKL.
Arahan ini berkuat kuasa serta merta melalu sepucuk surat bertarikh 4 Mac 2013 dan tersebar luas di laman sosial Facebook.
Tv Selangor menghubungi pejabat Timbalan Pengarah HKL dan Pembantunya, Nur Hazlin Mohd Yunus mengesahkan perkara ini.
Surat yang ditandatangani Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain menyatakan semua ketua jabatan, ketua bahagian dan ketua unit diminta untuk menasihat anggota di bawah jabatan atau seliaan masing-masing supaya mematuhi arahan berkenaan.
Selain itu, mereka juga perlu memastikan bahawa tiada anggota HKL melanggar arahan tersebut.
Sekiranya ingkar berbuat demikian, tindakan sewajarnya termasuk tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan ini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.