[HM] Alor Gajah: Tindakan seorang lelaki menjual seekor lembu yang baru
beberapa jam dicuri kepada rakannya memakan diri apabila kedua-dua
mereka dibelasah penduduk di sebuah kampung di sekitar Masjid Tanah,
dekat sini, kelmarin.
Difahamkan, seorang penduduk di Kampung Seri Tanjung di sini,
menyedari kehilangan seekor lembu betinanya kira-kira jam 8.30 pagi
sebelum berjaya mengesan semula binatang berkenaan, empat jam kemudian.
Sumber berkata, suspek berusia 28 tahun dipercayai melarikan lembu
itu menggunakan kereta Proton Persona dan menempatkannya di sebuah
kandang untuk dijual kepada seorang lagi suspek berusia 43 tahun.
“Menyedari kehilangan itu, mangsa kemudian meminta beberapa rakannya
mencari lembu berkenaan dengan meninjau beberapa kandang di sekitar
Masjid Tanah dan berjaya mengesan binatang itu diikat di kandang di
depan rumah seorang daripada suspek.
LEMBU yang hilang ditemui semula.
“Apabila ditanya, suspek berdegil mendakwa lembu itu
kepunyaannya hingga menyebabkan penduduk membelasahnya dan menjadikan
peraih lembu berkenaan sebagai umpan memerangkap pencuri sebenar,”
katanya di sini, semalam.
dia ni kuat luar biasa.. lembu hidup boleh bawa naik pesona.. memang terpesona lembu ni boleh naik kereta,,org kuat camni hantar je kat lahad datu gi perang lagi semangat anggota kesalamatan kat sane..
Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Mac 22, 2013 12:27:00 PTG