Suspek Utama Kes Rogol-Rodok-Seksa-Campak Siswi India Bunuh Diri di Penjara
Mangsa. |
Ram Singh, suspek utama dalam kes rogol kejam sehingga menyebabkan kematian siswi perubatan, Jyoti Singh Pandey dilaporkan telah membunuh diri di Penjara Tihar.
Pegawai Penjara Tihar berkata Ram Singh menggantung dirinya di Penjara Nombor 3, sekitar 5:00 pagi ini. Mayatnya telah dibawa ke Hospital Deen Dayal Upadhyay (TDID) di Delhi.
Ram Singh |
Ram Singh, seorang pemandu bas merupakan salah seorang daripada enam lelaki yang memperkosa dan mencederakan Jyoti secara kejam tahun lalu. Selain Ram Singh dan saudaranya Mukesh, tiga orang lelaki lain turut dituduh dan dibicarakan dalam kes itu.
Tertuduh keenam merupakan tertuduh juvana dan dibicarakan secara berasingan oleh Lembaga Keadilan Juvana.
Kelima-lima tertuduh kes ini diletakkan di bawah pengawasan "bunuh diri" selepas mereka berhenti berinteraksi sesama sendiri dan penghuni penjara yang lain. -DCM/NDTV
Laporan lanjut baca di sini.
Laporan lanjut baca di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.