Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Selasa, 5 Mac 2013

[PANAS] 10 Ribu Militan Sulu Sudah Belayar ke Sabah?


Sekadar hiasan.

[TMI] KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ribuan penduduk Tausug atau lebih dikenali sebagai Sulu telah belayar ke Sabah untuk membantu sahabat militan Filipina mereka itu berikutan serangan besar-besaran pasukan keselamatan Malaysia sejak pagi tadi, lapor The Philippine Inquirer hari ini.

Dakwaan yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Habib Hashim Mudjahab, itu bercanggah dengan laporan kebanyakan media yang pihak berkuasa Malaysia dan Filipina yang menghalang laluan masuk ke Lahad Datu, di mana militan berkenaan berkubu.

“Kami tidak mampu menghalang orang-orang kami. Kami sedih, dan ramai orang kami, termasuk mereka yang bukan pejuang, pergi ke Sabah untuk membantu tentera sultan,” kata Mudjahab dipetik akhbar tersebut.

Namun Inquirer turut melaporkan penafian berkenaan pergerakan tersebut daripada Ketua Angkatan Tentera Mindanao Barat Lt. Gen, Rey Ardo, dan juga pemangku Gabenor Wilayah Autonomi Muslim Mindanao Mujib Hataman.

Kedua-dua pemimpin itu berkata mereka tidak pasti berkenaan perkara itu.

Jelas Mudjahab, bagaimanapun, 10,000 Tausug daripada Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga telah meninggalkan Filipina sejak malam tadi dalam menggunakan bot pancung melalui “pintu belakang selatan.” - laluan yang menjadi laluan pelayar.

Pegawai rasmi MNLF berkata halangan tentera laut juga tidak akan berkesan kerana mereka tidak biasa dengan perairan tersebut dan boleh melepasinya tanpa rasa curiga.

“Ia soal maruah dan harga diri, dan orang-orang kami sedia untuk berkorban,” tambahnya.

Awal hari ini, pemimpin MNLF, Nur Misuari menafikan penglibatan dalam ketegangan di Sabah dalam satu sidang media, yang masih berterusan.



P/s: Harap-harap mereka tidak terlepas ke Sabah. Kalau terlepas, silalah PM dan menteri yang berkenaan meletakkan jawatan. Bagilah orang yang layak menjaga keselamatan dam kedaulatan negara.





  1. Ada antara kita mempersoalkan mengapa polis pula yg hulok kepala merela sehingga mengorbankan 6-9orang dari unit komandao mereka. Kita juga ada dengar penjelasan dari Jeneral ATM yg kata mereka terikat dgn Geneva Convention, itu pasal polis kena dulu. Saya cabar ATM jelaskan artikel mana dalam convention itu yg melarang tentera bertindak jika ada pencerobohan seperti itu. Menteri undang-undang kata ini bukan peperangan tapi pencerobohan itu sebab polis kena dulu. Menteri ni pun saya cabar artikel mana dalm convention tu yg tentera tak boleh bertindak. Dua orang ni mesti faham sekurang-kurangnya makna'declared war' dan 'police action' sebelum nak jawab cabaran saya. Saya pasti penasihat undang-undang faham, tapi saja dua orang ni cuba nak kelirukan rakyat. Ha, jawablah!

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Mac 06, 2013 12:08:00 PG      
  2. UMNO/BN merancang, Allah juga merancang. Dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Mac 06, 2013 1:02:00 PG      
  3. Jika ada umur panjang kita boleh lah menyaksikan youtube atau filem yang akan diusahakan oleh pihak luar malaysia dari negara yang kebal.. kisah ini bukan mk
    membabitkan hal dunia. Kisah ribut politik dalam malaysia.( mungkin sekarang dah dalam proses pembikinan ) ini boleh jadi pendapatan kepada penggiat seni perfileman seluruh dunia.Mungkin banyak idea sebab kaitannya banyak terdedah dari pop pet pop pet di laman Internet, betul ke benar siapa yang kata ini benar atau tidak.Malaysia dah banyak mereka cipta pelbagai kisah rambang tak menjadi.

    gravatar Comment by Sabuli @ Rabu, Mac 06, 2013 1:35:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH