[PANAS] Bapa Saiful Bukhari Sertai KeAdilan, Sebagai Bapa Tahu Perkara yng Berlaku
Azlan Mohd Lazim, lelaki yang menjadi tumpuan rakyat sejak beberapa hari ini, telah mengumumkan hasratnya untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat, parti politik yang diterajui oleh DS Anwar Ibrahim.
Bagi yang masih blur, Azlan ialah bapa kepada Saiful Bukhari yang sebelum ini mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar.
Minggu lepas, Azlan, yang sebelum ini ahli dan penyokong tegar Umno, telah membuat kejutan apabila beliau mengakui bahawa Anwar tidak bersalah dan mendakwa anaknya, Saiful telah telah dipergunakan oleh suatu "konspirasi jahat" melibatkan pegawai di pejabat Perdana Menteri dan seorang peguam untuk memusnahkan karier politik Anwar.
"Saya mahu membuat perubahan dengan PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azlan dalam sidang akhbar sebentar tadi.
Sambil menyatakan bahawa dia mengasihi anaknya, Azlan enggan mengulas mengenai penafian yang dibuat oleh Saiful serta dakwaan yang mengatakan bahawa pendedahan sebelum ini tidak benar.
"Biarlah," kata Azlan.
"Tujuan saya bukanlah untuk mendapatkan sokongan orang. Sesetengah orang percaya akan saya kerana sebagai bapa, saya tahu perkara yang berlaku," katanya.-DCM/MC
Berita Berkaitan:
Bapa Saiful Sertai PKR, Pertahan Pendirian Liwat 2 ‘Konspirasi Jahat’
[TMI] KUALA LUMPUR, 11 Mac — Bapa Saiful Bukhari hari ini secara rasmi menyerahkan borang menyertai PKR, serta mempertahankan kenyataannya “konspirasi politik jahat” melibatkan anaknya dalam kes liwat kedua.
Dalam satu sidang media hari ini, Azlan Mohd Lazim, 60, juga menyatakan keputusan yang dibuatnya hari ini tidak didorong oleh mana-mana pihak sebaliknya menegaskan sekali lagi anaknya terperangkap dalam rancangan oleh seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri.
“Hari ini, secara rasminya saya menyerahkan borang untuk menyertai PKR,” kata Azlan (gambar) yang mengaku telah menyokong perjuangan Anwar sejak tahun 1998.
“Saya sebagai rakyat Malaysia, berhak membuat keputusan sendiri... Ini masa yang tepat untuk saya sertai PKR bagi membuat perubahan.”
Azlan juga berharap anaknya Saiful supaya menghormati keputusan yang dibuatnya hari ini dan menegaskan segala yang terjadi tidak akan menjejaskan hubungan mereka sekeluarga.
“Saya ingin minta maaf kepada Saiful atas apa yang berlaku ini,” ujar beliau.
“Saya buat keputusan ini bukan bertujuan untuk menganiayai dan mengkhianati anak kandung saya sendiri... Saya tetap bersama mereka kerana mereka adalah anak saya.”
Apabila ditanya tentang pendiriannya seperti didedahkan media pada Jumaat lalu, Azlan menegaskan sekali lagi ianya ialah “konspirasi politik jahat” yang dirancang rapi.
“Ingin saya tegaskan, kes liwat kedua melibatkan anak saya adalah konspirasi politik jahat yang dirancang oleh seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri,” tambah beliau.
Apabila ditanya sama ada Azlan akan mengikut jejak yang diambil bersama anaknya untuk mengangkat sumpah pada tahun 2011, beliau enggan mengambil langkah tersebut buat kali kedua.
“Dalam sejarah Malaysia, ramai orang yang bersumpah. Saya tidak akan bersumpah,” tegas Azlan.
Azlan juga menafikan khabar angin yang mengatakan telah dibayar untuk membuat pendedahan tersebut, serta enggan menjawab sebarang tuduhan sedemikian.
“Dibayar? Saya tidak berhak untuk menahan tohmahan... Biarkan mereka kata,” tambah beliau lagi.
Jumaat lalu, The Malaysian Insider mendedahkan Azlan membuat keputusan mengejut apabila mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Anwar sebuah “konspirasi politik jahat” serta meminta maaf kepada pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) itu.
Menurut Azlan, individu tertentu telah mengambil kesempatan dan mempergunakan anaknya untuk kepentingan politik, sambil menambah situasi genting ketika itu menyebabkan beliau tidak ada pilihan selain memberikan sokongan kepada Saiful di mahkamah.
“Malahan, anak saya (Saiful Bukhari) sendiri tidak pernah menceritakan tentang kejadian (liwat) dan pertuduhan tersebut kepada saya... saya juga tidak pernah dipanggil menjadi saksi dalam kes tersebut,” terang Azlan Jumaat lalu.
Sebaik pendedahan tersebut, Saiful juga telah mengadakan satu sidang media mengejut pada sebelah petangnya dan menafikan kes liwat kedua tersebut adalah konspirasi serta tiada penglibatan pegawai di Pejabat Perdana Menteri.
Saiful juga tidak mempercayai bapanya melakukan pengakuan tersebut secara sukarela sebaliknya menuduh Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR) Datuk Johari Abdul telah mempengaruhi bapanya untuk membuat kenyataan sedemikian.
“Tidak, saya tidak rasa bapa saya membuat pengakuan secara sukarela.
“Dalam laporan media juga kata terdapat seorang ahli parti politik yang membawa bapa saya berjumpa media... siapakah orang itu? Parti apakah orang itu?” kata Saiful.
Kes liwat kedua Anwar bermula setelah laporan polis dibuat oleh Saiful, bekas kakitangan beliau mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR tersebut.
Saiful mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta.
Walau bagaimanapun, pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah atas kes liwat yang dihadapi oleh beliau.
Namun, pada 20 Januari 2012 Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful.
Notis itu yang ditandatangani oleh Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.
Pendakwaan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful akan didengar Julai ini.
Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.