Bunyi Pelik dari BIlik Adik Terjawab Apabila...
[HM] Miri: Seorang wanita yang hairan dengan bunyi pelik dari bilik tidur adik lelakinya, terkejut apabila mendapati bunyi itu membongkar rahsia perbuatan terkutuk lelaki itu melakukan hubungan seks dengan seorang gadis dipercayai bawah umur di rumah mereka di Tudan, semalam.
Berang dengan perbuatan adiknya itu, wanita berusia 30-an itu memberitahu beberapa penduduk sebelum mereka mencekup adiknya yang berusia 26 tahun, manakala pasangannya dikatakan baru berumur 15 tahun, dalam keadaan memalukan.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, wanita berkenaan mendengar suara perempuan dan dari bilik adiknya dan ketika kejadian, beberapa ahli keluarganya juga berada di rumah, tetapi tidak menyedari tindakan lelaki itu membawa masuk kekasihnya.
Menurut sumber, wanita itu membuat pemeriksaan dengan mengintai dari celah pintu bilik dan ternampak mereka sedang melakukan hubungan seks.
Katanya, terkejut serta berang dengan perbuatan adiknya, dia mengambil keputusan melaporkan perkara itu kepada imam serta beberapa penduduk kampung.
“Sebaik pintu bilik diketuk, pasangan terbabit enggan memberi kerjasama menyebabkan penduduk kampung memecahkan pintu dan mendapati pasangan itu tidak berpakaian.
“Terkejut pintu bilik ditendang, kedua-dua pasangan itu menutupi badan masing-masing dengan selimut sebelum diarah memakai pakaian,” katanya.
Berikutan itu pasangan berkenaan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Miri untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, jurucakap JAIS ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut dan menjelaskan siasatan sedang dijalankan.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.