Bakar Diri Kerana Cinta
[Kosmo] JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia yang gagal memenangi cinta seorang rakan sekerja wanitanya yang sudah berkahwin telah bertindak membakar dirinya sendiri di pejabat mereka, menurut polis dan media semalam.
Ketika kejadian, lelaki tersebut, Mochamad Zikra, 30, cuba menarik rakan sekerja wanita itu mendekati dirinya semasa api menyambar tubuhnya.
Jurucakap polis, Rikwanto berkata, Mochamad merupakan seorang pekerja logistik kargo menyimbah dirinya dengan minyak petrol sebelum membakar dirinya pada Rabu lalu.
Media tempatan melaporkan bahawa dia cuba menarik anggota badan wanita yang dicintainya itu, Santi Diosaka Gumelar, yang berusia 26 tahun mendekatinya supaya badan mereka disambar api.
Bagaimanapun, seorang pekerja wanita lain bertindak cuba menghalang Santi daripada turut terbakar bersama Mochamad.
"Kedua-dua wanita itu berjaya melepaskan diri daripada dirangkul Mochamad dan mereka kemudian melarikan diri keluar dari pejabat. Badan kedua-dua wanita tersebut turut melecur," kata Rikwanto.
Mereka kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan manakala Mochamad kemudian diisytiharkan meninggal dunia.
"Kami mengesyaki ia membabitkan masalah percintaan," kata jurucakap polis itu.
Seorang ketua detektif polis di Jakarta Timur, Entong memberitahu akhbar The Jakarta Globe, Mochamad telah bercinta dengan Santi selama dua tahun.
"Disebabkan telah berkahwin, Santi menolak Mochamad," kata Entong. - AFP
Baca lanjut di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.