Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label ROS. Papar semua catatan

, ,

Jumaat, 2 Oktober 2015

AMANAH Dapat Kebenaran RoS Guna Nama Baharu




Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mendapat kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menggunakan namanya, menggantikan nama Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang dikenali sebelum ini.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu yakin RoS juga akan memberikan lampu hijau untuk beberapa perubahan lain yang dipohon, termasuk perlembagaannya.

Pada masa ini, RoS memberikan kebenaran untuk perubahan nama dan alamat, selain jawatan pengerusi parti kepada presiden.

Amanah, parti baharu yang dibentuk daripada serpihan parti Islam pembangkang PAS sebelum ini cuba membentuk parti baharu dikenali sebagai parti Progresif Islam tetapi ia ditolak RoS. Ia kemudian mengambil alih dan menjenamakan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang tidak aktif.

Mohamad hari ini menepis cakap-cakap yang menyatakan Amanah sedang berusaha keras memikat orang Melayu menyertai parti itu.

Katanya, parti itu kini mempunyai 30,000 ahli ketika ia dilancarkan secara rasmi pada bulan lalu, dan jumlah itu dijangka mencecah 10,000 menjelang Disember.

“Pada masa ini, kebanyakan ahli kita dari Kelantan,” katanya pada sidang media di George Town, hari ini, merujuk kepada negeri pantai timur yang dikawal PAS.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata Amanah akan mengadakan siri jelajah pertamanya di Johor pada 9 Oktober, yang akan turut dihadiri veteran DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Amanah menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang baharu Pakatan Harapan, yang ditubuhkan baru-baru ini selepas Pakatan Rakyat terkubur Jun lalu akibat pertentangan tidak berkesudahan antara PAS dan DAP. – The Malaysian Insider/2 Oktober, 2015.

, , ,

Sabtu, 20 April 2013

Seperti Dijangka, ROS dan SPR Benar DAP Guna Logo Roket



[HD] KUALA LUMPUR: Jangkaan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terbukti pagi ini apabila semua calon DAP diterima untuk bertanding atas tiket parti itu.

Mereka berjaya menggunakan logo DAP walapun sebelum ini Pendaftar Pertubuhan (RoS) menyatakan mereka tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP yang ada.

Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali awal pagi ini berkata segala tindakan yang diambil oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) adalah bermotifkan politik semata-mata.

“Reaksi rakyat terhadap isu ini adalah di luar jangkaan Umno-BN. Maka, hasrat itu bakal terbatal. Senjata sudah makan tuan. 

"Saya menjangkakan DAP akan dibenarkan menggunakan simbol Roket untuk bertanding – keputusan ini juga bermotifkan politik,” kata beliau.

Mustafa berkata sekiranya betul calon-calon DAP tidak dibenarkan untuk menggunakan simbol Roket pada penamaan calon hari ini, ia adalah satu malapetaka kepada sistem demokrasi negara.

“Keputusan yang dibuat di saat-saat akhir ini begini telah menimbulkan persepsi bahawa Umno-BN akan menggunakan segalanya, termasuk agensi kerajaan untuk mengelakkannya dari tumbang,” tegas beliau.

Menurut calon-calon DAP, RoS telah memberikan surat rasmi kepada DAP bagi mengesahkan lambang Roket boleh digunakan.

Sehingga kini, tidak ada sebarang laporan DAP tidak boleh menggunakan logo mereka.

Kecut perut BN apabila tindakan menghalang DAP menggunakan logo mereka akan menyebabkan PR menang besar!!!


, ,

Jumaat, 19 April 2013

Lim Guan Eng Arah Calon DAP Guna Logo Roket Dahulu, Logo PKR dan PAS Sebagai Alternatif





[MK] DAP telah memaklumkan kepada semua 51 calon Parlimen dan 103 calon DUN negeri dari parti itu supaya menggunakan logo roket terlebih dahulu semasa penamaan calon esok, dan menunjukkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) surat kebenaran yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

"Jika sekiranya kami tidak boleh menggunakan simbol kami, kemudian baru tunjukkan kepada mereka surat kebenaran yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali," kata Lim dalam satu sidang akhbar hari ini.

Arahan itu dibuat selepas DAP memutuskan untuk menggunakan logo PAS dan PKR untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang pada 5 Mei.

Lim berkata dua surat kebenaran telah ditandatangani oleh parti itu dan PAS untuk calon-calonnya.

"Ini adalah peluang terakhir kami untuk menggunakan simbol roket tetapi jika tidak boleh, kita akan guna simbol PAS," kata Ketua Menteri sementara Pulau Pinang itu.


P/s: TM berpendapat, penggunaan logo PAS oleh calon DAP di Semenanjung Malaysia akan memberikan impak yang besar kepada kejayaan PR dalam PRU13.


,

UMNO dan SPR Gerun DAP Guna Lambang PAS dan DAP?



Berita 1:

Muhyiddin ingatkan pembangkang jangan putar belit soal lambang

[Bernama] MUAR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan parti pembangkang agar tidak memutar belit fakta dan mengaitkan Umno dengan sebarang keputusan yang dibuat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Menurutnya, Umno tidak pernah campur tangan kerana semua keputusan yang dibuat adalah hak badan itu sendiri.

"Ini hak kepada pendaftar pertubuhan. Jangan lupa satu ketika dulu Umno pun diharamkan, diharamkan bukan dibatalkan pemilihan. Tahun 1988 kalau tak silap saya. Saya waktu itu berada di Johor.

"Jadi kita terpaksa menghidupkan semula Umno, itu kuasa pendaftar, mana-mana parti pun akan menghadapi tindakan yang sama.

"Kerana itu dia mesti melihat bahawa tindakan itu berdasarkan kuasa dan undang-undang yang ada. Kita tidak campur tangan dalam soal ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat peti daerah mengundi (PDM) Kampung Tengah, Sungai Terap di sini hari ini.

Menurutnya, RoS membenarkan DAP untuk menggunakan lambang mereka dalam pilihan raya nanti dan sehubungan itu Muhyiddin berkata tidak timbul soal mereka teraniaya sehingga terpaksa menggunakan lambang parti lain.

"Pengarah RoS telah beri kenyataan yang jelas. Dia kata yang masalahnya adalah soal pemilihan, yang itu dikatakan sah. Mereka bagi tempoh sebulan supaya DAP akan mengadakan pemilihan baru, tetapi parti itu tidak dibatalkan...masih sah lagi.

"Sebab itu mereka masih boleh bertanding menggunakan simbol yang mereka suka iaitu simbol roket mereka. Tidak payah pinjam lambang Pas ke atau ambil bulan sebab roket dia ada lagi," katanya.

Dalam satu kenyataan semalam, Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman berkata pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada pilihan raya umum ke-13. 


Berita 2:

Jaminan SPR DAP boleh guna lambang parti

[SH] SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan kepada DAP layak menggunakan lambangnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun tidak dikeluarkan keputusan secara bertulis, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi dan penjawat tertinggi SPR adalah rasmi dan boleh diterima pakai.

Beliau berkata, SPR tidak pernah mengamalkan untuk mengeluarkan surat mengesahkan mana-mana parti atau calon khususnya DAP layak menggunakan lambang parti seperti pilihan raya sebelum ini.

"Mereka nak apa lagi, kita sudah kata mereka boleh guna lambang mereka. Ini adalah jaminan kita.

"Esok mereka datang awal, serah borang penamaan calon dan bawa sekali surat kebenaran daripada pemimpin tertinggi mereka untuk guna lambang DAP.

"Kita benarkan, kita akan proses, kita juga telah cakap perkara berkaitan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu perkara lain, kita bagi jaminan mereka boleh guna lambang mereka," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

RoS tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dilantik dalam pemilihan pada 15 Disember lalu ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan.

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan DAP layak menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga berkata, pemimpin setiap parti politik perlu menaruh keyakinan dan kepercayaan ke atas SPR.

Katanya, SPR tidak akan melakukan sesuatu yang bukan menjadi amalan dan bukan diperuntukkan oleh undang-undang.

"Kita tak akan buat benda yang tak pernah dibuat, tak ada kehendak dalam undang-undang. Mereka (pemimimpin parti politik) kena percaya dan yakin pada kita," katanya lagi.



P/s:  Andaian banyak pihak: Tindakan ROS tidak mengiktiraf CEC DAP dilihat banyak orang sebagai langkah menyukarkan DAP untuk menyertai PRU13. Malah tindakan itu dilihat dapat melemahkan semangat DAP. Namun, telahan pihak-pihak tersebut silap kerana muafakat dalam kalangan parti PR berjaya menangani masalah itu. Pemimpin PAS dan PKR bersetuju calon DAP menggunakan logo parti mereka. Persetujuan ini sebenarnya menggerunkan pihak-pihak yang terlibat dalam tingkah laku dayus politik ini. Hal ini ada dibangkitkan oleh Husam yang menyentuh sikap berat sebelah ROS yang tidak mengambil tindakan yang sma terhadap UMNO yang mempunyai cawangan yang tidak berdaftar.

Walaupun tidak menyangka kesannya pada peringkat awal, namun akhirnya pihak-pihak ini menyedari kelebihan DAP menggunakan lambang parti PR yang lain. Sedikit banyak hal ini ada ditulis oleh TG Nik Aziz di sini. Yang jelas, penggunaan logo PAS oleh calon DAP meruntuhkan persepsi negatif dan fitnah yang dilontarkan oleh UMNO terhadap DAP. Penggunaan lambang PAS dan PKR oleh calon DAP juga akan mengubah persepsi masyarakat terhadap PR. 


TUMBANGKAN BN & UMNO!

, ,

[Jika Tiada Perubahan] Rakyat Malaysia Hanya Perlu Pangkah 2 Logo Sahaja!



PRU kali ini memang bersejarah. Siapa sangka rencana pihak tertentu membolehkan calon DAP menggunakan logo PAS. DAP yang selama ini dimomokkan anti-Islam akan bertanding dalam PRU13 menggunakan logo Parti Islam Se-Malaysia!
TUMBANGKAN BN dan UMNO!

Kita pangkah logo PAS atau PKR sahaja!


[MK] Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

"Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS.

Moga-moga air mata LKS tidak sia-sia!





, ,

DAP Minta ROS Tarik Surat, ROS Kata DAP Tidak Terbatal, Boleh Guna Simbol Parti



DAP akan guna lambang PAS, PKR jika surat RoS tidak ditarik balik

[TMI] KUALA LUMPUR, 18 April — DAP menuntut Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini untuk menarik balik surat tidak mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti tersebut selewat-lewatnya esok, gagal melakukan sedemikian memaksa mereka menggunakan lambang PKR dan PAS dalam Pilih Raya 2013 nanti.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata laporan Bernama yang memetik Ketua Pengarah RoS Datuk Abdul Rahman Othman hari ini sebagai berkata bahawa DAP masih boleh menggunakan simbol Roket pada pilihan raya 5 Mei nanti masih “tidak cukup baik”.

“CEC DAP dalam mesyuarat malam ini memutuskan RoS perlu membatalkan surat tidak mengiktiraf pemegang jawatan dalam CEC selewat-lewatnya jam 3 petang esok, Jumaat,” katanya kepada wartawan di ibu pejabat DAP hari ini, yang merujuk kepada jawatankuasa pusat parti.

“Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan DAP mengarahkan 53 calon parlimen dan 103 calon-calon negeri di seluruh negara untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang di bawah lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan simbol PKR di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Lim mengecam langkah RoS ekoran surat bertarikh 17 April 2013 yang dikeluarkan menjelang dua hari sebelum penamaan calon, berkata ia bertujuan untuk “membunuh peluang DAP dalam pilihan raya dengan memaksa semua calon DAP menjadi calon bebas.”

Ketua menteri sementara Pulau Pinang itu berkata ia adalah “tidak masuk akal” untuk RoS mendakwa DAP tidak menghantar notis mengikut saluran sepatutnya pada kongres nasional Disember lalu, mengakibatkan 753 perwakilan tidak menghadiri mesyuarat pada 15 Dis.

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang yang juga berada pada sidang akhbar berkata secara lemah: “Saya mengaku saya menitiskan air mata.”

Kit Siang berkata DAP bimbang pengundi akan keliru jika parti menggunakan logo bulan PAS tetapi menegaskan mereka “dipaksa” untuk mengambil risiko tersebut.

MCA telah sering memberi amaran kepada pengundi Cina yang menyokong Pakatan Rakyat (PR), mendakwa PAS adalah sebuah parti Islam, akan melaksanakan undang-undang hudud di negara yang berbilang kaum ini.

Keputusan RoS ini boleh menyebabkan rancangan DAP untuk menghancurkan MCA pada pilihan raya umum ke-13 tidak kesampaian, terutamanya di kubu kuat parti lawan mereka itu di Johor dimana Kit Siang akan berlawan dengan menteri besar sementara Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Pilihan Raya 2013 dijangka menjadi pilihan raya negara paling sengit dalam sejarah negara dengan gabungan kukuh pembangkang berusaha untuk menyingkirkan kerajaan Barisan Nasional (BN) buat kali pertama sejak sejarah kemerdekaan negara.

Guan Eng hari ini berkata terpulang kepada pengundi untuk membuat keputusan jika tindakan Ros adaah sesuatu yang munabsabah.

“Jika mereka merasakan ini adalah benar-benar memalukan, mereka akan menunjukkan kemarahan mereka di peti undi. Kita mahu BN merasakan kemarahan bukan sahaja penyokong kita, tetapi juga hak-pemikiran rakyat Malaysia,” katanya.

Guan Eng menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah terikat dengan surat RoS itu yang menyatakan calon-calon DAP perlu menunjukkan kepada pegawai-pegawai SPR pada hari penamaan surat watikah yang ditandatangani oleh setiausaha agung parti untuk membenarkan mereka menggunakan logo parti.

“Ramai ahli kami menitiskan air mata. Bagaimana anda mahu menjelaskan kepada pengundi anda?” katanya.


Pendaftaran DAP tak terbatal, boleh guna simbol parti dalam PRU13

[Bernama] Pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menarik perhatian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memaklumkan kepada DAP semalam bahawa ia sedang mengkaji pendaftaran parti itu berikutan pertikaian di kalangan anggotanya.

Sementara menanti penyelesaian pertikaian berkenaan, kenyataan itu menyebut Pendaftar Pertubuhan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Dis 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.

"Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU13," kata Abdul Rahman. 

Beliau turut berkata siasatan berhubung pemilihan parti itu akan diteruskan.

Kemelut yang berlaku dalam DAP itu timbul selepas ramai anggotanya dilapor mempersoal ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berikutan wujud perubahan mendadak dalam keputusan pemilihan kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, selain dakwaan kenapa lebih 700 perwakilan dinafikan hak
mengundi.

Dalam satu sidang akhbar di ibunegara, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa telah menerima surat ROS bertarikh 17 April, menyatakan ROS tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan CEC parti DAP.

Berdasarkan keputusan ROS itu, parti tidak berkuasa mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu roket pada PRU13, katanya.

Sehubungan itu, Lim berkata DAP bercadang menggunakan simbol PAS di Semenanjung dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dan Sarawak pada PRU13.

Lim sebelum itu mengadakan mesyuarat bersama Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, yang menurut pemimpin DAP itu mendapat persetujuan pemimpin parti masing-masing berhubung penggunaan simbol PAS dan PKR.

Beliau turut berkata sepucuk surat yang diterima semalam menyatakan ROS telah bersetuju menangguhkan penyiasatan berhubung pemilihan jawatan CEC.

Dalam surat itu, kata Lim, ROS telah bersetuju bahawa penyiasatan tersebut yang sepatutnya dijalankan hari ini, ditangguh ke 9 Mei.



, ,

Khamis, 18 April 2013

Tidak Iktiraf CEC DAP: Tindakan ROS Dipersoal, DAP Sedia Guna Logo PAS dan PKR



[HD] KUALA LUMPUR: DAP hari ini mendakwa, Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertujuan menyusahkan parti itu apabila memutuskan barisan kepimpinannya tidak sah 48 jam sebelum hari penamaan calon.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang medianya berkata, surat yang diberikan kepada beliau dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke pada tarikh yang sama juga berbeza.

Dalam surat kepada Guan Eng, ROS menyatakan wujud pertikaian berhubung pemegang jawatan dalam parti itu namun surat kepada Anthony menyatakan siasatan dakwaan itu ditangguhkan ke tarikh 9 Mei. 

Guan Eng mempertikai tindakan ROS yang mengeluarkan surat tersebut sebelum siasatan selesai dilakukan.

Guan Eng berkata demikian dalam sidang mediannya hari ini selepas menerima surat dari ROS petang semalam.

Turut serta dalam sidang media ini adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail.

"Tujuan utama mereka tak iktiraf pimpinan DAP kerana nak nafikan hak kami untuk bertanding menggunakan lambang sendiri," kata Guan Eng. 

Sehubungan itu, DAP akan bermesyuarat malam ini untuk menimbangkan keputusan menggunakan lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan lambang PKR di Sabah dan Sarawak.

PAS PKR SEDIA BENAR

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut berada dalam sidang media sama menyatakan kesediaan untuk membenarkan DAP menggunakan lambang PAS. 

"Perkara ini telah dibincangkan beberapa minggu sebelum ini dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tak ada masalah dengan perkara ini, " katanya. 

Nada yang sama turut disuarakan Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution yang menyifatkan tindakan ROS itu sebagai cara untuk meletakkan DAP dalam kesukaran. 

"48 jam sebelum penamaan calon, sepatutnya kami tidak berada dalam sidang media ini. Kami harus membuat persiapan terakhir untuk penamaan calon tapi kerana tindakan ROS, kami terpaksa buat mesyuarat tergempar. 

"Atas semangat kekitaan, PKR bersedia memberi laluan kepada DAP di Sabah dan Sarawak untuk guna lambang PKR," katanya.

Berita Berkaitan:



Pengerusi SPR kata DAP masih boleh bertanding

[MK] DAP masih boleh mengemukakan calon seperti biasa pada hari penamaan calon tanpa mengira keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menggantung jawatankuasa pusat parti itu.


Ini telah disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

"Tidak affect bolih bertanding," kata Abdul Aziz kepadaMalaysiakini  dalam jawapannya melalui SMS.

ROS telah memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, ROS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai.

Satu salinan surat ROS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.


, , ,

Sabtu, 23 Mac 2013

Lim Kit Siang Mungkin Bertanding Atas Tiket PAS, Mengapa?


[MK] Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.

Dalam beberapa siri tulisan di Twitter, Lim berkata, walaupun tiada sebab untuk ROS mengantung pendaftaran DAP, tetapi kebimbangan terhadap "konspirasi" untuk mengelakkan partinya menggunakan lambang sendiri itu ada.

"(Jika berlaku), calon DAP akan bertanding sebagai bebas atau meminjam lambang PAS atau PKR.

"Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat," tulisnya.

Lim mengulas gesaan bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya ROS bertindak terhadap DAP kerana gagal mengadakan semula pemilihan partinya selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.

ROS semalam dilaporkan menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman (kanan) dilapor sebagai berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi DAP baru-baru ini untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya.



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH