UMNO dan SPR Gerun DAP Guna Lambang PAS dan DAP?
Berita 1:
Muhyiddin ingatkan pembangkang jangan putar belit soal lambang
[Bernama] MUAR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan parti pembangkang agar tidak memutar belit fakta dan mengaitkan Umno dengan sebarang keputusan yang dibuat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Menurutnya, Umno tidak pernah campur tangan kerana semua keputusan yang dibuat adalah hak badan itu sendiri.
"Ini hak kepada pendaftar pertubuhan. Jangan lupa satu ketika dulu Umno pun diharamkan, diharamkan bukan dibatalkan pemilihan. Tahun 1988 kalau tak silap saya. Saya waktu itu berada di Johor.
"Jadi kita terpaksa menghidupkan semula Umno, itu kuasa pendaftar, mana-mana parti pun akan menghadapi tindakan yang sama.
"Kerana itu dia mesti melihat bahawa tindakan itu berdasarkan kuasa dan undang-undang yang ada. Kita tidak campur tangan dalam soal ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat peti daerah mengundi (PDM) Kampung Tengah, Sungai Terap di sini hari ini.
Menurutnya, RoS membenarkan DAP untuk menggunakan lambang mereka dalam pilihan raya nanti dan sehubungan itu Muhyiddin berkata tidak timbul soal mereka teraniaya sehingga terpaksa menggunakan lambang parti lain.
"Pengarah RoS telah beri kenyataan yang jelas. Dia kata yang masalahnya adalah soal pemilihan, yang itu dikatakan sah. Mereka bagi tempoh sebulan supaya DAP akan mengadakan pemilihan baru, tetapi parti itu tidak dibatalkan...masih sah lagi.
"Sebab itu mereka masih boleh bertanding menggunakan simbol yang mereka suka iaitu simbol roket mereka. Tidak payah pinjam lambang Pas ke atau ambil bulan sebab roket dia ada lagi," katanya.
Dalam satu kenyataan semalam, Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman berkata pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada pilihan raya umum ke-13.
Berita 2:
Jaminan SPR DAP boleh guna lambang parti
[SH] SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan kepada DAP layak menggunakan lambangnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun tidak dikeluarkan keputusan secara bertulis, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi dan penjawat tertinggi SPR adalah rasmi dan boleh diterima pakai.
Beliau berkata, SPR tidak pernah mengamalkan untuk mengeluarkan surat mengesahkan mana-mana parti atau calon khususnya DAP layak menggunakan lambang parti seperti pilihan raya sebelum ini.
"Mereka nak apa lagi, kita sudah kata mereka boleh guna lambang mereka. Ini adalah jaminan kita.
"Esok mereka datang awal, serah borang penamaan calon dan bawa sekali surat kebenaran daripada pemimpin tertinggi mereka untuk guna lambang DAP.
"Kita benarkan, kita akan proses, kita juga telah cakap perkara berkaitan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu perkara lain, kita bagi jaminan mereka boleh guna lambang mereka," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
RoS tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dilantik dalam pemilihan pada 15 Disember lalu ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan.
Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan DAP layak menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga berkata, pemimpin setiap parti politik perlu menaruh keyakinan dan kepercayaan ke atas SPR.
Katanya, SPR tidak akan melakukan sesuatu yang bukan menjadi amalan dan bukan diperuntukkan oleh undang-undang.
"Kita tak akan buat benda yang tak pernah dibuat, tak ada kehendak dalam undang-undang. Mereka (pemimimpin parti politik) kena percaya dan yakin pada kita," katanya lagi.
P/s: Andaian banyak pihak: Tindakan ROS tidak mengiktiraf CEC DAP dilihat banyak orang sebagai langkah menyukarkan DAP untuk menyertai PRU13. Malah tindakan itu dilihat dapat melemahkan semangat DAP. Namun, telahan pihak-pihak tersebut silap kerana muafakat dalam kalangan parti PR berjaya menangani masalah itu. Pemimpin PAS dan PKR bersetuju calon DAP menggunakan logo parti mereka. Persetujuan ini sebenarnya menggerunkan pihak-pihak yang terlibat dalam tingkah laku dayus politik ini. Hal ini ada dibangkitkan oleh Husam yang menyentuh sikap berat sebelah ROS yang tidak mengambil tindakan yang sma terhadap UMNO yang mempunyai cawangan yang tidak berdaftar.
Walaupun tidak menyangka kesannya pada peringkat awal, namun akhirnya pihak-pihak ini menyedari kelebihan DAP menggunakan lambang parti PR yang lain. Sedikit banyak hal ini ada ditulis oleh TG Nik Aziz di sini. Yang jelas, penggunaan logo PAS oleh calon DAP meruntuhkan persepsi negatif dan fitnah yang dilontarkan oleh UMNO terhadap DAP. Penggunaan lambang PAS dan PKR oleh calon DAP juga akan mengubah persepsi masyarakat terhadap PR.
TUMBANGKAN BN & UMNO!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.