[Gambar & Video] Suspek Rogol Budak Lima Tahun di India Ditahan
[HM] Patna: Polis India berkata, mereka menahan suspek kes rogol membabitkan seorang budak perempuan berusia lima tahun yang kini tenat di hospital.
Suspek, Manoj Kumar, 25, ditahan di Bihar, timur India selepas dia berlindung di rumah bapa mentuanya di sebuah kampung kira-kira 70 kilometer dari ibu negeri, Patna.
Jurucakap polis berkata, Kumar didakwa mengunci mangsa terbabit dalam sebuah bilik dan merogolnya berkali-kali dalam tempoh 48 jam.
“Mangsa diculik dari kawasan petempatan golongan kelas pertengahan rendah di New Delhi pada Isnin lalu,” katanya. Ketua Pengarah Polis, Ravindar Kumar berkata, perbuatan Kumar tidak dapat diterima sama sekali.
Kumar ditahan sekumpulan polis dari New Delhi yang bekerjasama dengan polis Bihar. Polis berkata, suspek tiba di Kampung Chiknouta kelmarin selepas melarikan diri dari New Delhi menaiki kereta api.
Kumar akan dihantar ke New Delhi untuk dibicarakan. Mangsa ditemui pengguna jalan raya yang terdengar dia menangis.
Budak terbabit dimasukkan ke hospital pada Rabu dan doktor menganggap keadaannya “kritikal.” Doktor berkata, budak perempuan itu cedera parah dan mengalami kecederaan dalaman serta jangkitan serius. - AFP
Suspek |
Laporan awal di sini.
Kemas Kini:
Suspek Kedua Rogol Budak Perempuan Lima Tahun Ditangkap
[Kosmo] NEW DELHI - Polis India menahan suspek kedua berhubung perbuatan menyeksa dan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di sini kelmarin.
Polis berkata, budak perempuan itu diculik pada Isnin minggu lalu dan dikurung oleh dua lelaki di sebuah bilik bawah tanah bangunan yang dihuni oleh mangsa bersama keluarganya.
Jiran-jiran memberitahu, mereka menemui mangsa dua hari kemudian selepas mendengar tangisannya.
Media tempatan turut melaporkan beberapa serangan lain terhadap kanak-kanak pada hujung minggu lalu. Antaranya, kes seorang budak perempuan di negeri Assam, timur laut India yang disembelih selepas diperkosa beramai-ramai.
Seorang lelaki ditangkap pada hujung minggu berhubung serangan terhadap budak perempuan berusia lima tahun tersebut.
Suspek akan dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini pada minggu ini.
Suspek kedua yang berusia dalam lingkungan 20-an ditahan awal semalam di rumah saudaranya di negeri Bihar, timur India hasil maklumat polis.
"Dia ditahan sekitar pukul 1 pagi kelmarin (waktu tempatan) hasil kerjasama polis New Delhi dan Bihar," kata ketua polis tempatan, Rajeev Mishra.
Jenayah seks kerap berlaku di India yang mempunyai penduduk seramai 1.2 bilion.
Menurut perangkaan polis, kota metropolitan ini mencatat jenayah seks tertinggi berbanding bandar raya lain dengan satu kes rogol dilaporkan dalam setiap 18 jam. - Reuters
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.