Mengapa Banyak Pemimpin Pakatan Rakyat Jadi KURANG CERDIK Tatkala PRU13 Semakin Hampir?
TM malas nak komen lebih-lebih kerana situasi ini sepatutnya tidak terjadi tatkala PRU13 semakin hampir. Malah, sudah banyak blogger dan penyokong PR membangkitkan hal ini. Bermula dengan dakwaan Presiden PAS (siapa yang bagi nasihat berunsur fitnah ini?) calon PKR terlibat mengedar pil kuda dan menggantung gambar tokoh komunis, kemudian berebut kerusi, kini sindrom kurang cerdik pemimpin PR semakin menjadi-jadi.
Tidak bolehkah mereka bertelagah selepas PRU 13? Yang peliknya, pertelagahan itu memang sudah berlaku sebelum ini dan mereka mengambil pendekatan untuk bersetuju dan tidak bersetuju. Jadi, apa masalahnya lagi? Malah ada isu yang tidak patut dikomen atau diulas tetapi masih ada pemimpin yang gatal mulut untuk mengulasnya dan akhirnya menjadi bahan kempen BN.
Janganlah ranapkan impian rakyat untuk menumbangkan BN. Rakyat begitu terharu apabila DAP yang dizalimi pihak tertentu mendapat sokongan PAS dan PKR yang membenarkan parti itu menggunakan logo parti masing-masing. Menyedari sentimen rakyat yang semakin kuat menolak BN, akhirnya DAP dibenarkan menggunakan logo Roket dalam PRU kali ini. Peristiwa itu juga membuktikan bahawa PR mampu mewujudkan pakatan yang kukuh.
Ketika rakyat begitu bersemangat untuk menguburkan BN, pemimpin PR pula menimbulkan pelbagai polemik yang sebelum ini sudah dibincangkan sesama mereka. Pesan kami rakyat marhaen: Tolonglah bergaduh selepas BN dikuburkan! -DCM
Cuba baca:
* Hudud Dilaksana Jika Pakatan Perintah Negara - Haron Din
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.