Wanita Dedah Punca KERAT Zakar Suami
[HM] Los Angeles: Seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya kerana mahu menghentikan keganasan seks lelaki itu ke atasnya.
Peguam Catherine Kieu Becker, Frank Bittar memberitahu mahkamah
wanita itu juga berang kerana menyangka suaminya mempunyai wanita lain.
Catherine memasang perakam audio untuk cuba menangkap suaminya mengadakan seks dengan kekasihnya tetapi gagal.
Peranti itu bagaimanapun merakam kejadian dia memotong kemaluan itu dan membuangkan ke dalam tong sampah.
Peranti itu bagaimanapun merakam kejadian dia memotong kemaluan itu dan membuangkan ke dalam tong sampah.
Catherine, 50, dituduh meletak dadah dalam makanan suaminya untuk mengkhayalkan lelaki berusia 60 tahun itu.
Dia kemudian mengikat mangsa pada katil dan memotong kemaluannya. Kejadian berlaku di rumah mereka di Garden Grove, tenggara Los Angeles pada 2011.
“Ini ialah kes mengenai seorang suami yang berusaha untuk menceraikan isterinya dan ketidaksediaan si isteri untuk diceraikan oleh pasangannya.
“Dengan keengganan untuk dicerai, dia melakukan keganasan itu. Dia memusnahkan kelakian mangsa,” kata pendakwa raya John Christl.
Christl berkata, perakam audio itu merakam kejadian pada 11 Julai 2011 itu apabila dia mencampurkan ubat tidur Zolpidem ke dalam mangkuk sup tahu mangsa.
“Anda boleh mendengar lelaki itu berkata ‘Oh, sedapnya. Anda juga boleh mendengar dia berkata, ‘Ia agak masin,’ sebelum dia masuk tidur awal, kira-kira jam 8.10 malam.
“Ketika mangsa tidur, tertuduh mengikatnya pada katil dengan tali.
“Apabila mangsa sedar, isterinya memberitahunya ‘Anda patut menerima ini,’ tiga kali dan dia kemudian memotong kemaluan mangsa, kata Christl.
Menurut pendakwa raya itu, Catherine kemudian mengambil kemaluan yang sudah putus itu dan memasukkannya ke dalam tong sampah.
Peguam Catherine, Frank Bittar memberitahu mahkamah, anak guamnya sudah sekian lama hidup dalam trauma, bermula sejak zaman kanak-kanaknya di Vietnam, termasuk diperkosa dua abangnya ketika berusia sejak enam tahun.
Jika didapati bersalah, Catherine berepan dengan hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang untuk mendapat parol. - AP
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.