[PANAS] Wartawan TV Terkenal Hantar SMS Lucah kepada Calon PKR?
[KD] KUANTAN 27 April: Calon KEADILAN Kuantan, Fuziah Salleh hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan berbaur gangguan seksual yang diterimanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) lewat pagi ini.
Tanpa mendedah kandungan SMS itu, Naib Presiden KEADILAN itu, berkata kandungannya mengugut untuk mencemar kredibilitinya selaku calon dan mengancam untuk menyebar perkara ‘buruk’ mengenainya.
Beliau mengesyaki ia dilakukan seorang wartawan sebuah stesen penyiaran kawalan Umno BN selepas membandingkan nombor telefon berkenaan dengan kad media yang ada dalam simpanannya.
“Setiap nombor media saya simpan. Nombor sama sejak tahun lalu selalu hantar SMS terutama melibatkan isu Lynas tapi saya tidak pernah ambil peduli.
“Kali ini, melampau. Saya sebagai calon wanita risau, ini agak menakutkan. Kalau SMS sekadar marah-marah dan tak suka, lainlah.
“Saya risau ada insiden yang tak diingini berlaku. Dalam keadaan sekarang, semua boleh berlaku. Jadi saya tampil buat laporan,” katanya.
Fuziah berkata, SMS itu diterimanya jam 3.32 pagi menggunakan nombor 019-3314898 yang kemudian didapatinya sama dengan kad media tertera nama Karam Singh Waliya tetapi beliau masih membuat semakan lanjut untuk pengesahan.
Keadilan Daily beberapa kali cuba menghubungi nombor berkenaan tetapi telefon bimbit itu ditutup.
Ketika dihubungi, Fuziah sedang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan itu jam 11.40 pagi tadi ditemani beberapa penyokong dan suami.
Beliau berkata, nombor sama juga sebelum ini sering menghantar SMS peringatan berbentuk amaran berkaitan isu Lynas tetapi tidak diendahkannya.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.