DAP Minta ROS Tarik Surat, ROS Kata DAP Tidak Terbatal, Boleh Guna Simbol Parti
DAP akan guna lambang PAS, PKR jika surat RoS tidak ditarik balik
[TMI] KUALA LUMPUR, 18 April — DAP menuntut Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini untuk menarik balik surat tidak mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti tersebut selewat-lewatnya esok, gagal melakukan sedemikian memaksa mereka menggunakan lambang PKR dan PAS dalam Pilih Raya 2013 nanti.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata laporan Bernama yang memetik Ketua Pengarah RoS Datuk Abdul Rahman Othman hari ini sebagai berkata bahawa DAP masih boleh menggunakan simbol Roket pada pilihan raya 5 Mei nanti masih “tidak cukup baik”.
“CEC DAP dalam mesyuarat malam ini memutuskan RoS perlu membatalkan surat tidak mengiktiraf pemegang jawatan dalam CEC selewat-lewatnya jam 3 petang esok, Jumaat,” katanya kepada wartawan di ibu pejabat DAP hari ini, yang merujuk kepada jawatankuasa pusat parti.
“Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan DAP mengarahkan 53 calon parlimen dan 103 calon-calon negeri di seluruh negara untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang di bawah lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan simbol PKR di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Lim mengecam langkah RoS ekoran surat bertarikh 17 April 2013 yang dikeluarkan menjelang dua hari sebelum penamaan calon, berkata ia bertujuan untuk “membunuh peluang DAP dalam pilihan raya dengan memaksa semua calon DAP menjadi calon bebas.”
Ketua menteri sementara Pulau Pinang itu berkata ia adalah “tidak masuk akal” untuk RoS mendakwa DAP tidak menghantar notis mengikut saluran sepatutnya pada kongres nasional Disember lalu, mengakibatkan 753 perwakilan tidak menghadiri mesyuarat pada 15 Dis.
Tokoh utama DAP Lim Kit Siang yang juga berada pada sidang akhbar berkata secara lemah: “Saya mengaku saya menitiskan air mata.”
Kit Siang berkata DAP bimbang pengundi akan keliru jika parti menggunakan logo bulan PAS tetapi menegaskan mereka “dipaksa” untuk mengambil risiko tersebut.
MCA telah sering memberi amaran kepada pengundi Cina yang menyokong Pakatan Rakyat (PR), mendakwa PAS adalah sebuah parti Islam, akan melaksanakan undang-undang hudud di negara yang berbilang kaum ini.
Keputusan RoS ini boleh menyebabkan rancangan DAP untuk menghancurkan MCA pada pilihan raya umum ke-13 tidak kesampaian, terutamanya di kubu kuat parti lawan mereka itu di Johor dimana Kit Siang akan berlawan dengan menteri besar sementara Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di kerusi Parlimen Gelang Patah.
Pilihan Raya 2013 dijangka menjadi pilihan raya negara paling sengit dalam sejarah negara dengan gabungan kukuh pembangkang berusaha untuk menyingkirkan kerajaan Barisan Nasional (BN) buat kali pertama sejak sejarah kemerdekaan negara.
Guan Eng hari ini berkata terpulang kepada pengundi untuk membuat keputusan jika tindakan Ros adaah sesuatu yang munabsabah.
“Jika mereka merasakan ini adalah benar-benar memalukan, mereka akan menunjukkan kemarahan mereka di peti undi. Kita mahu BN merasakan kemarahan bukan sahaja penyokong kita, tetapi juga hak-pemikiran rakyat Malaysia,” katanya.
Guan Eng menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah terikat dengan surat RoS itu yang menyatakan calon-calon DAP perlu menunjukkan kepada pegawai-pegawai SPR pada hari penamaan surat watikah yang ditandatangani oleh setiausaha agung parti untuk membenarkan mereka menggunakan logo parti.
“Ramai ahli kami menitiskan air mata. Bagaimana anda mahu menjelaskan kepada pengundi anda?” katanya.
Pendaftaran DAP tak terbatal, boleh guna simbol parti dalam PRU13
[Bernama] Pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menarik perhatian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memaklumkan kepada DAP semalam bahawa ia sedang mengkaji pendaftaran parti itu berikutan pertikaian di kalangan anggotanya.
Sementara menanti penyelesaian pertikaian berkenaan, kenyataan itu menyebut Pendaftar Pertubuhan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Dis 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.
"Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU13," kata Abdul Rahman.
Beliau turut berkata siasatan berhubung pemilihan parti itu akan diteruskan.
Kemelut yang berlaku dalam DAP itu timbul selepas ramai anggotanya dilapor mempersoal ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berikutan wujud perubahan mendadak dalam keputusan pemilihan kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, selain dakwaan kenapa lebih 700 perwakilan dinafikan hak
mengundi.
Dalam satu sidang akhbar di ibunegara, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa telah menerima surat ROS bertarikh 17 April, menyatakan ROS tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan CEC parti DAP.
Berdasarkan keputusan ROS itu, parti tidak berkuasa mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu roket pada PRU13, katanya.
Sehubungan itu, Lim berkata DAP bercadang menggunakan simbol PAS di Semenanjung dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dan Sarawak pada PRU13.
Lim sebelum itu mengadakan mesyuarat bersama Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, yang menurut pemimpin DAP itu mendapat persetujuan pemimpin parti masing-masing berhubung penggunaan simbol PAS dan PKR.
Beliau turut berkata sepucuk surat yang diterima semalam menyatakan ROS telah bersetuju menangguhkan penyiasatan berhubung pemilihan jawatan CEC.
Dalam surat itu, kata Lim, ROS telah bersetuju bahawa penyiasatan tersebut yang sepatutnya dijalankan hari ini, ditangguh ke 9 Mei.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.