Pengetua Cuba Bunuh Diri Selepas Dituduh Cabul 19 Pelajar
[HM] Batam: Seorang pengetua sekolah menengah rendah di sini cuba membunuh diri dengan meminum racun serangga selepas dituduh mencabul 19 pelajar perempuan.
Tuduhan terhadap Herizon, 45, mula dibuat Isnin lalu selepas sekolah berkenaan membuat laporan kepada Timbalan Datuk Bandar Batam, Rudi.
Ia disusuli dengan tindakan 19 pelajar terbabit membuat laporan polis.
Ketua Detektif Barelang Ponco Indriyo berkata semalam, pihaknya memanggil tertuduh kelmarin untuk disoalsiasat tetapi Herizon tidak hadir. “Kami bercadang memanggilnya sekali lagi tetapi diberitahu dia cuba membunuh diri,” kata Ponco.
Herizon dibawa ke hospital awal kelmarin dan ditempatkan di unit rawatan rapi.
Ketua Kesatuan Guru Batam, Rustam Effendi memberitahu Jakarta Post, pihaknya memberi sokongan penuh kepada Herizon yang mempunyai rekod baik selaku pengetua. - JP

Lanjut di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.