Persaraannya Amat Dialu-alukan!
Malaysia Kini melaporkan:
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan diberi lanjutan kontrak untuk kali ketiga dan jawatannya akan diambil oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar, berkuatkuasa 13 September ini.
Menurut Utusan Malaysia Online, perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Pengumuman itu menamatkan spekulasi berbulan-bulan lamanya tentang jawatan Musa yang berakhir bulan ini.
Musa, 59, mencapai umur persaraannya pada 2007 tetapi kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali. Lanjutan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pembangkang dan aktivis hak asasai manusia.
Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara pula akan disandang Datuk Hussin Ismail, 57, yang merupakan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.Sehubungan itu, Hishamuddin bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Musa yang telah berkhidmat selama 41 tahun dalam pasukan polis.
Ingat KPN ini, ingat tukang usung tilam sewaktu Drama Liwat 1 dipentaskan beberapa tahun lalu. Dialah antara orang yang begitu menonjol sewaktu kes yang mengejutkan dunia itu dibicarakan. Ingat KPN ini, ingat juga kisah kelulusan pendidikannya yang mencetuskan kontroversi sewaktu memberikan keterangan bersumpah membabitkan kes DSAI. Ingat KPN ini, ingat juga rekodnya yang dikatakan sebagai KPN yang terpalit dengan pelbagai macam kontroversi. Ingatkan KPN ini....
Adios KPN, pemergian anda amat dialu-alukan!






Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.