Pelajar Malaysia Didapati Bersalah Muat Naik Gambar Bogel Rakan Sekolah
Pelajar Malaysia berusia 17 tahun didapati bersalah memuatnaikkan foto bogel rakan sekolahnya di internet. Wow! Harum nama negara.
Hakim Mahkamah Majistret Kowloon City, Hong Kong menjatuhkan hukuman kepada Luke Thomas Pickering untuk menjalani tempoh percubaan selama 18 bulan kerana menggunakan komputer dengan cara yang salah.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Pickering pelajar di Australian International School Hong Kong telah menghubungi mangsa melalui internet. Dia kemudiannya mengugut agar si mangsa menanggalkan pakaiannya. Jika gagal berbuat demikian, Pickering mengugut akan mencederakannya.
Si mangsa menuruti kemahuannya. Pickering kemudiannya merakamkan video mangsa dalam keadaan bogel dalam kejadian yang berlaku pada 1 Julai 2009. Dia kemudiannya meminta HK$2,000 (RM784) daripada mangsa. Walaupun si mangsa membayar separuh daripada jumlah yang diminta, Pickering tetap memuat naik gambar bogel mangsa ke internet.
Selain itu, mahkamah juga mengarahkan Pickering membayar HK$13,000 (RM5,062) kepada pelajar yang dicederakannya di luar pagar sekolah.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.