"Mati Hidup" Semula
Saya petik:
[HM] SEBERANG JAYA: Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) gempar apabila seorang lelaki yang diisytiharkan sudah ‘meninggal dunia’ oleh pegawai perubatan, secara tiba-tiba hidup kembali, dalam satu kejadian, semalam.
Difahamkan, lelaki berusia 65 tahun itu dikejarkan ke HSJ apabila tidak sedarkan diri selepas terjatuh ketika bertengkar dengan abangnya.
Dalam kejadian di rumah mangsa di Tanah Liat, kira-kira jam 11.30 pagi semalam, lelaki yang dikenali sebagai Hock bertengkar dengan abangnya berusia 70 tahun sebelum tolak menolak berlaku.
Dalam pergaduhan itu, mangsa tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke HSJ untuk rawatan.
Menurut sumber, ketika menerima rawatan kecemasan di Unit Kecemasan hospital itu, mangsa didapati tidak bernafas dan berikutan itu, dia disahkan meninggal dunia.
Bagaimanapun, kira-kira 40 minit kemudian, mangsa didapati bernafas semula menyebabkan kakitangan di unit berkenaan terkejut sebelum bertindak menghantar mangsa ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Mangsa tidak langsung bernafas ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan dan kira-kira 40 minit kemudian mangsa bernafas semula,” katanya.
Sementara itu, ahli keluarga mangsa ketika ditemui enggan memberi sebarang kenyataan mengenai kejadian itu dan wartawan yang menunggu di hadapan wad ICU melihat isteri dan dua anak lelaki mangsa berbincang dengan doktor mengenai keadaan mangsa.
Kira-kira sejam selepas itu, ketiga-tiganya dilihat meninggalkan hospital selepas melawat mangsa.




Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.