Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Jumaat, 15 April 2011

Pihak Polis Sudah Bersedia Memperakui Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara?



Saya olah kiriman ini berdasarkan berita di Berita Harian.

\Menurut akhbar itu, pihak polis sudah mengenal pasti identiti lelaki dalam video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama seorang wanita dipercayai warga asing. 

Walau bagaimanapun, polis tidak mendedahkan identitinya kerana siasatan masih dijalankan mengikut prosedur dan undang-undang, walaupun sudah mendapat pengesahan ketulenan video serta boleh mengaitkan individu dalam rakaman itu. Lihat betapa yakinnya pihak polis dalam hal ini!!!

“Berdasarkan siasatan, kita tahu siapa dia... kita percaya kita tahu. Ini berasaskan kepada fakta dan bukti-bukti yang kukuh daripada siasatan yang dijalankan.

“(Selain itu) Saya hanya nak mengatakan video itu sahih, kita mempunyai asas untuk mengaitkan individu dalam video itu, hanya saya tak boleh umum hasil siasatan sekarang. Kita ada prosedur... macam kes lain, mana saya boleh beritahu, kena serah pada Peguam Negara,” katanya di Bukit Aman semalam. 

Biarpun beberapa pihak telah menganalisis video itu dan berjaya membuktikan video itu direkayasa atau sekurang-kurangnya berjaya menimbulkan keraguan , namun pihak polis dengan bangganya mendakwa bahawa video itu tulen, tanpa menjelaskan persoalan-persoalan yang berjaya dibangkitkan di sini. Keyakinan yang ditunjukkan oleh PDRM melalui KPN ini membuatkan banyak pihak semakin meragui kredibiliti PDRM sebagai sebuah institusi yang menegakkan keadilan di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, semalam berkata polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan, termasuk menunggu laporan daripada pengedar jam tangan jenama Omega yang didakwa milik Anwar Ibrahim  sebelum menyerahkannya kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat. 

Kenyataan di atas seolah-olah memaksa rakyat Malaysia mempercayai Anwar Ibrahim yang kononnya melakukan aksi porno dengan pelacur China  membawa kad pendaftaran jam Omeganya ke lokasi konspirasi ini dirakam. Bolehkah mereka, konspirator memaksa rakyat mempercayai Anwar Ibrahim tertinggal jam Omega bersama-sama dengan kad pendaftaran jam tersebut di lokasi kejadian? Cerita lanjut fasal kad pendaftaran jam ini boleh dibaca di sini.

Mengenai tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap pelaku dalam video seks sama ada boleh dikenakan tindakan jika dirakam di luar negara, Ismail berkata, polis mempunyai kebijaksanaan dan sedang meneliti segala fakta dan bukti sebelum mengambil tindakan susulan.  
Beliau juga enggan mengesahkan sama ada polis sudah mengenal pasti wanita dalam rakaman video berkenaan, tetapi menjelaskan sudah merakam percakapan ramai individu yang dikenal pasti dapat membantu siasatan.

Mengenai lokasi sebenar pelakuan seks itu termasuk kemungkinan dirakam di Thailand, Ismail berkata, apa yang penting, siasatan polis mengesahkan rakaman video seks itu tulen dan ia penting bagi mengukuhkan hasil siasatan.

“Saya rasa yang penting ialah kesahihan video, maknanya ia bukan diada-adakan atau ‘super impose’. Jika buat (dirakam) di Malaysia atau mana-mana pun, yang penting sahih tak sahih (rakaman)... itu yang mengukuhkan isu siasatan ini.

Malang betul apabila KPN mengeluarkan kenyataan seperti di atas. Katanya lokasi tidak penting, yang penting gerangan pelakon video itu, sedangkan dakwaan yang dibuat oleh pihak konspirator berdasarkan waktu yang tertera pada rakaman bertarikh 21 Februari adalah dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam. Maknanya, jika Anwar Ibrahim menjadi Superman terbang ke Bangkok pun tidak mengapa, jika Anwar Ibrahim menggunakan kereta Formula 1 untuk ke hotel/SPA pun tidak mengapa, janji pelakon yang beraksi mirip Anwar Ibrahim.

Katanya lagi: “Orang nak tahu sama ada video itu tulen atau sebaliknya, polis sudah rujuk kepada pakar yang kemudian mengesahkan ia tulen,” katanya sambil memberitahu polis turut menghantar video itu kepada beberapa pakar lain bagi mengesahkan ketulenannya. 


P/s: Kepada para konspirator, ingat neraka jahanam!!! Bila PDRM mahu menyiasat berbelas-belas lagi video seks Anwar Ibrahim seperti yang dikatakan oleh Ummi Hafilda?


  1. puok2 ni tak ingat neraka jahanam boh...dia takut jahanam periuk nasi dia jah ni.....hok bleh bui molek ko puok2 ni adalah bengong3!

    gravatar Comment by budak tadika yg berfikir @ Jumaat, April 15, 2011 11:49:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH