MCLM Dakwa TV3 Putar Belit Wawancara RPK. Cabar Siar Penuh Tanpa Suntingan
Saya petik:
[MK] Presiden Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) Haris Ibrahim berkata, beliau percaya kenyataan pengerusinya, Raja Petra Kamaruddin telah diputarbelit oleh stesen TV3.
Kenyataan berkenaan disiarkan stesen berkenaan dalam slot berita waktu perdana secara berturut-turut sejak malam kelmarin.
Haris menjelaskan, Raja Petra dalam temuramah berkenaan hanya menamakan seorang individu yang didakwa telah memberitahu beliau mengenai dakwaan berhubung penglibatan isteri perdana menteri dalam kes pembunuhan Altantuya.
"Tetapi suara latar (laporan TV3) itu berkata beliau mendapat maklumat dari beberapa individu," katanya mengulas temubual Raja Petra dengan pengarang kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah.
Kenyataan Raja Petra dalam temubual itu juga bukanlah satu "pengakuan," seperti laporan stesen televisyen berkenaan.
Jelasnya, Raja Petra malah telah meminta pihak berkuasa menyiasat individu yang dinamakannya dalam temubual berkenaan.
Haris juga berkata, temubual itu dijalankan selama lebih sejam Februari lalu.
Raja Petra memberitahu beliau demikian dalam satu perbualan telefon dengan penulis blog popular itu hari ini, kata Haris.
"(Kandungan) temubual selebihnya itu kita masih tidak tahu.
"Jadi saya cabar TV3 untuk siarkan temuramah itu sepenuhnya tanpa suntingan," katanya lagi kepada media di pejabat MCLM hari ini.
Tambahnya, beliau juga percaya Raja Petra telah "terlepas pandang" mengenai "bahaya" yang mungkin timbul apabila ditemuramah TV3.
P/s: RPK kena "spin" dengan TV3? Gatal terima pelawaan mengapa? Najib seharusnya tidak boleh tersenyum lagi!!!




Haris menjelaskan, Raja Petra dalam temuramah berkenaan hanya menamakan seorang individu yang didakwa telah memberitahu beliau mengenai dakwaan berhubung penglibatan isteri perdana menteri dalam kes pembunuhan Altantuya.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.