[Video] Lelaki Letup Diri di dalam Masjid At-Taqwa di Cirebon
![]() |
| Mayat lelaki yang disyaki meletupkan diri di dalam Masjid Mapolresta. |
Berdasarkan laporan media, seorang lelaki diberitakan telah meletupkan diri di dalam sebuah masjid di kompleks polis daerah di Cirebon, Jawa Barat. Letupan itu mengakibatkan lebih 20 orang cedera termasuk Ketua Polis Daerah Cirebon.
Media tempatan memetik saksi-saksi sebagai berkata ketika solat Jumaat hendak dimulakan, seorang lelaki berpakaian hitam yang berada di barisan ketiga dilihat membuka jaketnya dan bom itu terus meletup.
Kebanyakan orang yang cedera itu terkena serpihan paku daripada bom itu. Manakala, pihak polis mengesahkan keadaan tubuh lelaki yang meletupkan badannya itu parah akibat ledakan bahan letupan. Seorang saksi, Ahmad Fauzan berkata, keadaan dalam Masjid At-Taqwa itu amat mengerikan dengan sejumlah jemaah mengalami kecederaan dan berlumuran darah.
Polis belum mengenal pasti identiti pengebom itu atau motif serta sama ada dia mempunyai jaringan dengan mana-mana kumpulan atau bergerak sendirian. Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengutuk perbuatan itu.
Kemas Kini:
* Identiti Pengebom Dikenal Pasti
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
* Identiti Pengebom Dikenal Pasti
[JP] JAKARTA: Polis Indonesia mengesahkan pengebom berani mati yang menyerang masjid di Cirebon, Jawa Barat, Jumaat lalu adalah Muhammad Syarif, kader baru dalam aktiviti pengganas.
Ketua Pusat Kesihatan dan Perubatan Polis Indonesia, Mosaddeq Sidiq, berkata disebabkan militan itu orang baru, pihak berkuasa tidak memiliki sebarang maklumat mengenainya di pangkalan data.
“Identiti penyerang itu disahkan melalui perbandingan cap jari, rekod gigi dan DNA ahli keluarganya,” katanya di sidang media di Ibu Pejabat Polis Indonesia, semalam.
Muhammad Syarif meletupkan dirinya ketika umat Islam baru saja memulakan solat Jumaat di Masjid Az-Zikra dalam kawasan balai polis Cirebon.
Serangan itu menyebabkan kira-kira 30 orang, termasuk anggota keselamatan, cedera.
Kata Mosaddeq, analisis dibuat polis mendapati ketiga-tiga data dibandingkan itu sepadan....
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.