ADUN Katak /Timbalan Speaker DUN Perak Didapati Bersalah
Saya petik:
[KD] IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Foong bersalah menyerang Adun Aulong, Yew Tian Hoe dengan penyembur lada sewaktu Dun bersidang pada 7 Mei, 2009.
Pesuruhjaya Kehakiman, Tarmizi Abdul Rahman membenarkan permohonan Yew untuk injunksi dengan kos bagi menghalang Hee dan agennya daripada terus menyerangnya.
Mahkamah setakat ini belum memutuskan gantirugi yang akan diperolehi Yew.
Sidang DUN pada 7 Mei itu adalah yang pertama selepas BN merampas kuasa daripada kerajaan negeri yang sah dengan bantuan tiga Adun Pakatan Rakyat yang berpaling tadah, termasuk Hee.
Sidang itu bertukar kecoh apabila BN mengheret keluar Speaker DUN Perak, V Sivakumar pada masa itu yang bertegas untuk terus mempengerusikan sidang DUN dan menggantikannya dengan Speaker BN, R Ganesan.
Dalam kekecohan itu, Hee yang merupakan Adun DAP pada masa itu menyerang Yew dengan penyembur lada.
Yew memfailkan tindakan sivil terhadap Yew selepas Pejabat Peguam Negara enggan mengambil sebarang tindakan.
Yew mendakwa beliau mengalami kecederaan pada mata kirinya, mengalami kejutan mental, distres, trauma dan “dimalukan di khalayak ramai” akibat insiden itu, lapor Malaysiakini.





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.