Selepas Membazirkan RM1.8 Juta, Kerajaan Najib Guna RM63.9 Juta Upah Konsultan untuk ETP
Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: KEADILAN mempertikai tindakan kerajaan Barisan Nasional membelanjakan sejumlah RM63.9 juta untuk khidmat rundingan bagi promosi rancangan induk kerajaan seperti pelan Transformasi Kerajaan/ Ekonomi (G/ETP).
Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution berkata, jumlah yang didedahkan Menteri di Jabatan perdana menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon itu semalam, terlalu tinggi untuk dibelanjakan.
Katanya, dalam keadaan Barisan Nasional terpaksa membentangkan permohonan peruntukan tambahan sebanyak RM13 bilion pada sidang kali ini, jumlah itu adalah satu bentuk pembaziran yang tidak boleh dimaafkan.
“Jumlah RM63.9 juta ini hampir sama dengan peruntukan membiayai pengumuman Barisan Nasional menaikkan gaji segelintir guru-guru besar dan pentadbir sekolah sebagai tindakbalas kepada janji Pakatan Rakyat memberikan imbuhan RM500 sebulan setiap seorang guru seperti terkandung di dalam Buku Jingga.
“Peruntukan bagi kenaikan gaji guru-guru besar hanyalah RM80 juta setahun, berbanding RM63.9 juta yang dibelanjakan kepada beberapa firma perunding sahaja,” kata Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang.
Menurut Saifuddin, kegilaan berbelanja besar untuk menggaji perunding tersebut, melambangkan sikap BN yang tidak menghargai sumbangan penjawat awam dantidak berkeyakinan dengan kebolehan pimpinan sektor awam menambah baik sistem pentadbiran sedia ada.
Katanya, keputusan utama membabitkan perkhidmatan awam kini bergantung kepada maklum balas dan cadangan perunding, sedangkan pengalaman dan kefahaman pimpinan sektor awam lebih mendalam mengenai selok-belok budaya dan motivasi penjawat awam.
“Kaedah yang diambil oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak ini akan membantutkan usaha menaik taraf mutu dan kecekapan perkhidmatan awam negara,” katanya.
P/s: Belanja duit rakyat macam duit parti!





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.