[Video] Aksi Sekadar Lakonan? Kalau Lakonan Tidak Berdosalah...
![]() |
| Ah, kontroversi mahu pancing penonton! Taktik lapuk! |
Kadang-kadang lucu + geram apabila pengarah dan pelakon mempertahankan sesebuah filem atau lakonan yang penuh dengan unsur maksiat dengan mengatakan bahawa semua itu dibuat untuk PENGAJARAN/TELADAN/KEBAIKAN kepada masyarakat.
Cuba fikirkan...
Mereka (pelakon/pengarah) melakonkan/mengarahkan aksi berpelukan, bercumbuan, mendedahkan aurat, berpegangan tangan, aksi porno ringan, dan sebagainya. Namun, semua "maksiat" itu seolah-olah dikecualikan daripada DOSA, seolah-olah semua perlakuan itu mengelakkan bapa dan suami daripada menjadi DAYUS kerana membiarkan si isteri atau si anak dipegang, dipeluk, dicumbu, dan mendedahkan aurat kepada umum semata-mata kerana lakonan itu bertujuan untuk menjadi pengajaran kepada orang ramai.
Padahal (hakikatnya), aksi yang dipertonton itu menjadi ikutan generasi muda. Remaja/kanak-kanak yang tidak mengetahui "merempit", "kongsi gelap", "bohsia", "ringan-ringan", "seks" kini sudah mengetahuinya dan paling malang ada yang sudah mencuba-cuba perlakuan tersebut sehingga ada yang mengandung anak luar nikah, bergaduh, menghidap penyakit kelamin, dan sebagainya. Tidak percaya? Sila baca bagaimana aksi negatif mempengaruhi pemikiran kanak-kanak di sini.
P/s: Pada TM, filem ini dan filem seumpamanya hanya menggalakkan orang muda hanyut dengan dunia hedonisme dan meniru aksi yang dipaparkan!





Pompuan bodoh tahap lima bintang
As-salam.
smalm sy dpt tgk TMO 3gp ni. sempat tgk trailer je. tu pn da meremang bulu roma. xpaham ape motif cte2 mcm ni dikeluarkn. n mcm mne blh lepas adegan2 yg x brape senonoh tu time screening kt LPF?
mybe sesetengah org akn pk, oh..ini biase terjadi, so xde mslh pn.
well, hello. it is a problem. DCM is rite. kalau bdk2 yg masih suci pemikiran tertengok cte mcm ni, x ke diorg akn rse nk try?
sedih sgt ble tgk yg berlakon (melakonkn bnda yg sememangnye terjadi) ni sme melayu. da maken x syg diri n agame ke?
korg sedar x, bnda mcm ni mmg akn merosakkan pemikiran adk2 yg masih kecik? x kesian ke nti ble bdk darjah 1 pn da start cte men commolot sme?
kesian la kt ayah or suami or adik, abg korg (bg yg pmpn) sbb kne same2 tanggung dose berlakon mcm ni..
p/s: ayat tunggang langgang sbb emosi x keruan ble nk komen bnda yg merosakkan ni. sorry.. :|
makin tak semenggah filem2 kat Malaysia ni. nak tarik penonton dengan cara yang tak elok dilihat. tapi naaaakkk jugak buat filem macam nieh. payah2
kau yang dok belakon mcm tu cakap orang plak yang jatuhkan maruah kau...tu la manusia..sendiri yang buat marah orang plak...kalo belakon tu tak salah..aku nak ajak ko belakon ngan aku la...buat filem lucah....ala..belakon je...nanti untung kita bagi la sama2....lagipun filem tu nanti aku nak tayang kat Hong Kong....Jepun...kireluiar dari M'sia la..bole tak??..ala..belakon je....