Suami Kantoikan Isteri Pesta Arak di dalam Bilik Tidur Bersama 2 Lelaki
![]() |
| Sekadar hiasan. |
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang suami berusia 32 tahun apabila menangkap isterinya sedang ‘berpesta’ arak di dalam bilik di rumahnya di Pantai Dalam, di sini, bersama dua lelaki tidak dikenali, Khamis lalu.
Lebih mengejutkan, pemeriksaan lanjut si suami di dalam bilik itu menemui puluhan botol dan tin arak disembunyikan dalam almari di bilik tidurnya itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, berang dengan tindakan isterinya berusia lewat 20-an itu, si suami menghalau kedua-dua lelaki terbabit sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.
Menurut sumber, si suami yang baru pulang dari kerja berasa curiga apabila melihat dua pasang kasut lelaki di hadapan pintu rumahnya.
“Sebaik masuk ke dalam rumah, lelaki terbabit mendengar bunyi gelak tawa dari dalam bilik tidurnya.
“Si suami terkejut apabila melihat isterinya dan dua lelaki tidak dikenali berada dalam keadaan khayal di dalam bilik tidurnya.
“Si suami menghalau kedua-dua lelaki terbabit sebelum menemui puluhan tin dan botol arak disembunyikan dalam almari di bilik itu menyebabkan mereka bertengkar hampir 20 minit,” katanya.
P/s: Mengapa berpesta arak di dalam bilik tidur?





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.