Isu Kelulusan Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru: Penjelasan Tian Chua
Banyak pihak termasuk individu berang kerana ketidakhadiran Ahli Parlimen PR yang kurang memuaskan pada malam Kampung Baru dijual secara rasminya oleh pemimpin BN. Hanya 28 yang menentang undi 72 orang Ahli Parlimen BN. Di mana 50 Ahli Parlimen PR yang lain?
Tian Chua seperti yang dilaporkan Malaysia Kini menjelaskan bahawa Ahli Parlimen PR tidak berupaya tidak berupaya menolak undang-undang yang dibentangkan, termasuk Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 kerana mereka hanyalah minoriti di Dewan Rakyat. Bentanglah apa-apa sahaja undang-undang, PR tetap ridak dapat menghalangnya.
"Selain daripada undang-undang perbekalan atau bajet, tidak wujud (keadaan) kita sebagai minoriti boleh tolak. (Kita) tidak ada jalan untuk menolak rang undang-undang itu.
"Sebab dalam peraturan parlimen, kalau malam itu dia (BN) tidak cukup bilangan (undi), (mereka) boleh masuk keesokkan hari. Kalau ditolak malam itu, keesokkan hari boleh dibentang semula dan diundi," katanya.
Ahli Parlimen PR gagal menyekat rang undang-undang itu apabila 72 anggota Dewan Rakyat (BN) menyokong manakala hanya 28 tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan kali kedua.
Tian berkata, isu sama ada minoriti boleh menolak rang undang-undang yang dibentangkan tidak wujud dalam mana-mana Parlimen demokrasi kecuali berlaku perpecahan undi parti pemerintah.
"(Contohnya) Gerakan atau MIC berpecah dan mereka kata, kami akan undi berbeza," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam majlis penerangan "Selamatkan Kampung Baru" malam tadi.
Penjelasan yang diberikan Tian Chua memanglah berasas kerana BN mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang besar untuk meluluskan sesuatu akta/rang undang-undang. Namun sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, mereka tidak sewajarnya ponteng menghadiri persidangan di Dewan Rakyat tanpa alasan yang munasabah. Kita percaya rakyat yang menyokong gabungan pembangkang ini tidak mahu Ahli Parlimen PR yang diberi tanggungjawab mencontohi sikap dan amalan Ahli Parlimen yang tidak bertanggungjawab. -DCM





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.