Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 17 Januari 2012

Aksi Ghairah DIRESTUI Isteri, Lagi Haru Biru Kalau...



...pelakon perempuan yang menjadi pasangan kepada Zul ini berkata "aksi ghairah itu direstui suami saya". Tetapi rasanya, agaknya, pelakon wanita ini masih belum bernikah. Macam kes Amalina, saya pun tidak mahu komen lebih-lebih setelah empunya badan berkata begitu. Namun, sebagai orang yang sedar bahawa perbuatan itu salah, saya cuma nak tegaskan bahawa perbuatan itu salah dan haram di sisi agama. Selebihnya, tepuk dada tanya iman.  Baca pengakuan Zul di sini.

Apabila aksi berahi-ganas yang sudah tentunya memberikan impak/kesan kepada kelakuan/sikap anak muda dipertontonkan kepada orang ramai, tanyalah diri anda, apakah motif/tujuan sesuatu filem itu dibikin dan ditayangkan kepada orang ramai. Adakah sebagai medium hiburan yang mengandungi unsur pengajaran dan teladan, suatu seni, atau sebenarnya mengajak penonton sama-sama berahi dan beraksi negatif berdasarkan aksi yang dipaparkan dalam plot filem?


P/s: Dalam hal sebegini, Hasan Ali, Zul Nordin dan geng tidak bingkas bangun menyatakan bantahan dan nasihat. Mufti pun jadi bisu!


  1. Bukan setakat Hasan Ali dan Zul Nordin sahaja yang bisu, Hj Hadi dan Nik Aziz lagi bisu, psl tu DAP naik kepala.

    DAP, terutamanya Karpal Singh telah beberapa kali menyatakan jika PAS berniat utk membuat undang-undang Hudud, sila langkah mayatnya dahulu, tetapi adakah dikalangan ahli PAS yang berani menyatakan jika DAP mahu membuat "Malaysian Malaysia" sila langkah mayat aku dahulu.

    Malah, bekas Speaker DUN Kelantan, Hj Wan Rahim menyatakan sila langkah mayat aku dahulu jika ada sesiapa ingin mengganggu Karpal Singh. Pelik, sebab ada di dalam PAS, ada orang yang sanggup mati untuk mempertahankan pemimpin DAP yang secara terang-terangan anti-Hudud.

    Sepatutnya, Wan Rahim memberi amaran kepada Karpal Singh: sila langkah mayat aku dulu jika engkau ingin menentang hudud, bukannya mempertahankan orang yang menentang hudud.

    Malahan, PAS juga tidak sepatutnya ingin menggubal undang-undang hudud di Terengganu & Kelantan sahaja, hanya kerana di Terengganu dan Kelantan tidak ada ADUN dan Ahli Parlimen DAP, tetapi juga patut mengemukakan Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah (seperti yang mereka lakukan di DUN Kelantan dan Terengganu)di negeri-negeri yang ada ADUN dan Ahli Parlimen DAP, seperti di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Undang-undang syariah bukan untuk orang Pantai Timur sahaja, tetapi untuk semesta Alam.

    Ayuh orang-orang PAS, buktikan anda bukannya takut kepada DAP! Kami rakyat Malaysia ingin melihat anda bukan hanya berani kepada sesama Islam dan sesama Melayu sahaja, tetapi juga kepada (pihak yang mewakili) agama dan bangsa lain (seperti DAP).

    Kami juga tidak mahu melihat hanya pemimpin DAP sahaja yang berani menyatakan "tidak" kepada undang-undang Islam, tetapi para pemimpin dan ahli PAS sendiri haruslah berani menyatakan "tidak" kepada "Malaysian Malaysia" DAP.

    DAP pernah angkat kaki daripada "Barisan Alternatif" hanya semata-mata kerana ketegasan pemimpin PAS pada masa itu, Al-Marhum Datuk Fadzil Noor mempertahankan undang-undang Islam, khasnya Hudud. Sekarang kami ingin melihat adakah PAS berani sejauh itu "bertekak" dengan DAP untuk menentang "Malaysian Malaysia" DAP!

    TETAPI, SETAKAT INI SEJARAH MALAYSIA BELUM MENYAKSIKAN ADANYA PEMIMPIN DAN AHLI PAS YANG BERANI MENGKRITIK "MALAYSIAN MALAYSIA" DAP, YANG ADA DI DALAM SEJARAH MALAYSIA IALAH BEGITU RAMAI PEMIMPIN DAN AHLI DAP YANG MENGKRITIK UNDANG-UNDANG ISLAM, TERUTAMANYA HUDUD!

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Januari 25, 2012 8:57:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH