Mahasiswa Ugut BOM Helikopter Najib Disoal Siasat
Berita Bernama melaporkan bahawa seorang pelajar USM ditahan kerana menulis kenyataan berunsur ugutan di blognya. Berdasarkan paparan skrin di atas, mahasiswa itu sebenarnya menulis kenyataan itu di dinding FBnya sekitar jam 3:00 petang semalam. Terjemahan mesej itu ialah "Najib akan datang ke kampus kita, mari kita letupkan helikopternya."
Berdasarkan maklumat yang saya baca di Pulakdah!, pihak polis mengesahkan mahasiswa tersebut telah dibawa untuk disoal siasat, walau bagaimanapun polis menafikan khabar bahawa mahasiswa itu ditahan. OCPD Asst Comm George Town Gan Kong Meng berkata pelajar itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah di Patani Road untuk disoal siasat sekitar 1:30 petang tadi.
"Polis sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Beliau sebelum ini dikesan berada di kampus Nibong Tebal."

Dalam kalut-kalut polis menyoal siasat mahasiswa itu, apa perkembangan kes samseng yang sanggup dihukum gantung jika dapat bunuh TG Nik Aziz? Kalau terakhir saya dengar cerita tentang budak ini, dia disoal siasat oleh polis. Apa jadi selepas itu? -DCM
| Baca di sini. |
P/s: Walaupun mahasiswa ini mungkin tidak mempunyai niat untuk meletupkan helikopter itu, tetapi tindakan "bodohnya" itu telah memberikan modal kepada jurublog UMCO untuk mengaitkannya dengan PR dan seterusnya memburuknya imej PR dalam tulisan mereka.
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa!

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.