Siswi Didenda Rm3 000 Kerana Berkurung dengan 5 Orang Lelaki
![]() |
| Sekadar hiasan. |
Saya petik:
[HM] MELAKA: Seorang pelajar wanita sebuah universiti tempatan didenda RM3,800 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, kelmarin selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan termasuk berkurung dengan empat lelaki di sebuah hotel murah di pusat bandar ini pada Februari tahun lalu.
Hakim Syarie Mohd Asri Tahir menjatuhkan hukuman itu terhadap Iranazira Yaacob, 20, selepas tertuduh mengaku salah terhadap dua tuduhan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka (EKSNM) 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung dengan lelaki bukan mahram hingga mendatangkan syak melakukan maksiat.
Bagi kes pertama, dia didakwa berkurung hingga mendatangkan syak dengan empat lelaki bukan mahram dalam sebuah bilik Hotel Fairway di Jalan Banda Hilir, dekat sini, 14 Februari 2011, pada jam 12.35 tengah malam.
Dia didakwa mengikut Seksyen 53 (4) EKSNM 1991 yang memperuntukkan denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum 24 bulan atau kedua-dua sekali jika disabitkan.
Bagi kes kedua, dia didakwa berkurung hingga mendatangkan syak dengan Mohd Fazley Nawi, 19, di sebuah bilik Hotel Tan Kim Hock, Jalan Laksamana Cheng Ho, pada 10 Januari lalu, pada jam 11.55 pagi.
Dia didakwa mengikut Seksyen 53 (2) EKSNM 1991 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum 24 bulan atau kedua-dua sekali.
Sementara itu, Mohd Fazley didakwa mengikut Seksyen 53 (1) EKSNM 1991 yang memperuntukkan denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum 24 bulan atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Mohd Asri menjatuhkan denda RM2,300 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda terhadap Iranazira bagi kes pertama dan RM1,500 atau penjara lima bulan bagi kes kedua.
Mohd Fazley pula didenda RM2,400 atau penjara lima bulan jika gagal membayar denda.
Mereka turut dinasihatkan supaya bijak memikirkan baik dan buruk tindakannya memandangkan mereka adalah penuntut universiti.
Katanya, Iranazira nyata tidak insaf apabila mengulangi kesalahan selepas ditangkap berkurung dengan empat lelaki di sebuah hotel tahun lalu dan mencipta rekod sebagai pasangan pertama tahun ini didakwa kerana kesalahan jenayah syariah.
“Awak (Iranazira) malang kerana menyalahgunakan tanggungjawab dan kepercayaan ibu bapa dengan melakukan perkara tidak bermoral. Mungkin awak anggap biasa, apabila dua kali ditangkap.
“Saya tegaskan alasan apa sekalipun termasuk pelajar, kesalahan ini tidak boleh dipandang ringan kerana banyak kes membabitkan pelajar ditangkap melakukan maksiat, namun kamu tidak ambil iktibar. Kamu jadi anak yang tidak kenang budi ibu bapa,” katanya.
P/s: Pertama, hukuman yang dikenakan cukup ringan. Oleh sebab itu, kes khalwat dan seks bebas di negara ini semakin hari semakin bertambah. Kalau dicekup pun hanya dikenakan denda.
Kedua, janganlah ada yang kata siswi ini mengadakan perbincangan akademik dengan lelaki-lekaki tersebut!





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.