[Gambar] Pemandu Bas Mabuk Cuba "Kunyah" Muka Wanita
[HM] WENZHOU: Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular ke China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang wanita.
Wanita malang itu memerlukan pembedahan plastik bagi memulihkan kecederaan akibat perbuatan lelaki berkenaan. Menurut media tempatan, pemandu yang dikenali sebagai Dong itu meminum arak terlalu banyak ketika makan tengah hari sebelum kejadian beberapa hari lalu.
Dia kemudian berlari ke tengah jalan raya di bandar raya ini dan berdiri di depan kereta dipandu wanita bernama Du serta menghalangnya daripada bergerak. Dong memanjat ke atas bumbung kereta dan mula menumbuk kenderaan itu, manakala Du yang panik menjerit meminta tolong.
Apabila Du keluar dari keretanya, Dong melompat ke arahnya dan menolak wanita itu hingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.
Dong kemudian menggigit muka Du menyebabkan dia yang menjerit ketakutan dan kesakitan, berlumuran darah.
Orang ramai kemudian cuba menarik Du daripada mangsa. Saksi berkata, Dong sudah hilang ingatan kerana enggan melepaskan Du. Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya menahan Dong bagi mengakhiri kejadian itu.
Du dibawa ke hospital dan doktor berkata, dia memerlukan pembedahan plastik bagi merawat hidung dan bibirnya yang cedera teruk akibat digigit lelaki berkenaan.
Kejadian itu berlaku tidak lama selepas satu siri insiden serangan kanibal dilakukan seorang penagih dadah di Amerika Syarikat bulan lalu. - AP






Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.