[Video] MB Selangor Cabar Penulis Blog...
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mencabar penulis blog mendedahkan lagi rakaman video litar tertutup (CCTV) sewaktu beliau berada di dalam pejabatnya kepada tontonan orang ramai.
Menurut portal AntaraPos, Abdul Khalid bercakap pada sidang media selepas mesyuarat exco berkata politik adalah permainan yang lucu dan dengan sinis menggalakkan video itu didedahkan "supaya orang ramai dapat tengok".
“Saya ingat digalakkan dipamerkan supaya orang ramai dapat tengok, “ katanya sambil menambah perbuatan itu sesuatu yang menjengkelkan serta tidak bertanggungjawab.
Video 15 minit itu yang dimuatnaikkan di laman Youtube semalam, bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang bentuk pendedahan ataupun aksi panas. Motif penyebaran video itu kepada umum juga tidak diketahui.
Bagi Abdul Khalid, rakaman cctv itu dibuat oleh musuh politik yang cuba menamatkan kerjaya poltiknya.
“Saya melihat apa yang saya lalui dalam politik, ini adalah permainan yang menyeronokkan, jadi teruskanlah kerana saya mesti katakanlah ia adalah sangat mengganggu, tidak bertanggungjawab tetapi kerana ia adalah satu ujian dalam hidup, saya perlu laluinya,” katanya sambil ketawa sebelum beredar.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.