Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 3 September 2013

"...enam kali hubungan seks enam kali sehari dengan setiap sesi berlangsung sehingga sejam"



Warga Bosnia Saman Kekasih, Dakwa Hanya Mahukan Genetik Eropah

[TMI] Seorang ahli perniagaan yang berasal dari Bosnia telah mengemukakan saman bernilai RM600,000 terhadap teman wanitanya, seorang warga Malaysia kerana dakwanya hanya mahukan seks dan genetik Eropah untuk mendapatkan anak, dan bukannya atas dasar cinta.

Ervin Ahbabovic, 41, penduduk tetap yang telah menetap di negara ini selama 18 tahun memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam kenyataan tuntutannya, Ahbabovic berkata beliau jatuh cinta dengan wanita Malaysia, Chung Shun Yee, 29, pada 2008.

Mereka kemudiannya tinggal bersama dan dua tahun kemudian, pada 7 Februari, anak mereka Aaron Leviticus Ahbabovic Chung dilahirkan.

Plaintif mendakwa, beliau percaya mereka akan mendirikan rumah tangga, namun mengakui beliau tersilap.

Menurut dokumen mahkamah, hubungan mereka retak selepas kelahiran anak lelaki mereka, ekoran defendan kerap mencari kesalahannya.

Pada masa sama, beliau mendakwa kehendak seksual defendan melebihi norma biasa.


Peguan Mohamad Fauzi dengan ganbar Ahbabovic dan Chung. Gambar The Malaysian Insider oleh Rita Jong, September 3, 2013.Beliau berkata defendan mengkehendakinya untuk mengadakan enam kali hubungan seks enam kali sehari dengan setiap sesi berlangsung sehingga sejam. 

Ahbabovic bagaimanapun yakin kehendak seksual wanita tersebut berdasarkan cinta sebenar namun defendan menjadi cemburu dan tidak yakin dengannya.

Beliau mendakwa kehendak seksual defendan menjadi rutin yang terpaksa dipenuhinya.

Malah plaintif turut mendakwa defendan pernah mengugut membunuh diri jika kehendak seksualnya tidak dipenuhi atau cuba meninggalkannya.

Tanpa pilihan lain, beliau tetap dengan wanita berkenaan dengan harapan akan bersetuju untuk mendirikan rumah tangga dengannya bagi memastikan mereka menikmati kehidupan berkeluarga yang normal.

Ahbabovic mendakwa beliau mengalami tekanan perasaan dan penderaan emosi disebabkan penderaan rutin seksual setiap hari, dan pada September tahun lalu, defendan dakwanya telah menikam dirinya di bahagian lengan kiri.

Tidak tahan dengan apa yang berlaku, plaintif kemudiannya menyuarakan tindakan defendan namun defendan kemudiannya menghina, memukul, dan memarahinya.

Malah, beliau juga didakwa telah dihalau dari rumah dan menafikan haknya untuk mendapatkan simpanan dan menguruskan perniagaan bersama mereka.

Ahbahovic berkata Chung terus bertindak di luar batasan termasuk dalam perniagaan dan tidak pernah membayarnya walaupun menerima beberapa ratus ribu daripada sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur. .

Beliau turut rasa dimalukan, stress dan trauma, ekoran bukan sahaja dihalau dari rumah, tetapi juga dilarang berjumpa anaknya.

Cubaan beliau menghubungi Chung juga tidak berjaya, sebaliknya wanita berkenaan berkata hanya menggunakannya untuk "memuaskan nafsu seksnya selain mendapatkan sperma lelaki berkenaan atas alasan DNA sperma Eropah tiada tolok bandingnya dan lebih berkualiti berbanding lelali tempatan."

Ahbabovic berkata beliau rasa terhina dengan kenyataan Chung yang menganggap dirinya dipergunaan sebagai penderma sperma.

Beliau turut mendakwa mengalami penderitaan psikologi ekoran status bapa kepada anaknya tidak diperakui.

Beliau menuntut mahkamah memberikan pengesahan terhadap statusnya sebagai bapa kepada anak mereka dan mengesahkan kehadirannya sebagai bapa dalam tiga akhbar utama di negara ini selain tuntutan kewangan.

Beliau juga cuba mendapatkan arahan menjadi bapa kepada anaknya dalam surat beranak, termasuk penghargaan defendan berkenaan kewujudannya sebagai bapa terhadap anak mereka.

Selain itu beliau turut menuntut kos lain yang ditetapkan mahkamah.

Ahbabovic diwakili peguam Nasir Yusoff dan Mohamad Fauzi. Beliau berkata pengurusan kes ditetapkan pada 1 Oktober.

"Salinan writ telah disahkan dan diserahkan kepada defendan, kemungkinan esok," kata Nasir.

Ahbabovic, yang hadir mahkamah hari ini berkata beliau tidak melihat anaknya sejak beberapa bulan lalu.

"Saya mengalami trauma dan sedang berjumpa psikiatris sekrang," katanya.

"Saya kehilangan segala-galanya sejak empat tahun lalu. Saya serahkan segalanya dan mahukan keluarga yang normal, namun dia gunakan saya semata-mata hanya mahukan sperma saya," katanya. - 3 September, 2013.


Berkaitan:

Warga Bosnia Dakwa Sperma Dicuri Wanita Tempatan

[MK] Seorang warganegara Bosnia yang berstatus penduduk tetap negara ini memfailkan saman RM600,000 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan mendakwa teman wanitanya mencuri spermanya walaupun tidak berminat berkahwin.

Ervin Ahbabovic, seorang pengarah daripada Taman Danau Desa, menamakan Chung Shun Yee, 29, sebagai defendan.


Ahbabovic, 41, mendakwa beliau dan Chung mempunyai hubungan dengannya pada tahan 2008.

Dakwanya lagi, bekas pasangannya itu lebih berminat dengannya untuk memenuhi kehendak seksual sedangkan dia mahu berkahwin dan memulakan keluarga.

Mereka mempunyai seorang anak pada 2010. 

Ahbabovic mendakwa Chung menghalaunya pada tahun lalu.

Ekoran itu, dia menuntut RM600,000 untuk penggunaan spermanya untuk mendapatkan anak dan pengisytiharan bahawa dia merupakan bapa yang sah kepada anak itu. -3/9/13


Kemas Kini:

Wanita Nafi Dakwaan Sperma Bekas Teman Lelaki Dipergunakan Untuk Dapatkan Anak

[Mstar] KUALA LUMPUR: Pasangan yang terlibat dengan saman dakwaan dipergunakan untuk mendapatkan sperma bagi menghasilkan anak baka Eropah berkualiti tinggi tampil mempertahankan diri masing-masing.

Bekas teman wanita lelaki Bosnia yang mempunyai taraf penduduk tetap Malaysia, mendakwa dakwaan bekas teman lelakinya itu 'tidak berasas' sama sekali.

"Ini sangat tidak benar," dakwa bekas teman wanita Ervin Ahbabovic pada Selasa.

"Saya seorang yang terhormat. Saya tidak perlu berurusan dengan gosip sebegini."

Dia mendakwa bekas teman lelakinya itu sebenarnya tidak bekerja dan bukan lah seorang pengarah syarikat komersil swasta di Malaysia seperti yang didakwanya.

Wanita berkenaan berkata dia tidak berhubung dengan bekas teman lelakinya itu sejak setahun yang lalu dan tidak sangat menyangka apabila menerima tuntutan mahkamah daripada lelaki berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Ahbabovic, 41mendakwa beliau mula menjalin hubungan dengan wanita tempatan (berbangsa Cina) pada 2008 dan hasil perhubungan itu mereka memperolehi seorang anak lelaki yang kini berumur tiga tahun lebih.

Beliau mendakwa pada ketika itu beliau sangat yakin hubungannya dengan wanita itu akan berakhir dengan ikatan perkahwinan, bagaimanapun selepas melahirkan anak, wanita itu seringkali mencari kesalahannya dan mencari peluang untuk bergaduh dengannya. Ahbabovic juga mendakwa pada waktu yang sama, beliau mula menyedari keinginan seksual dan dominasi wanita itu terhadapnya melangkaui dari kadar biasa.

Beliau mendakwa beliau juga mengalami penderaan emosi dan mental yang teruk dari tindakan defendan itu dan wanita itu juga telah bertindak ganas dan di luar kawalannya hingga pernah menikam di lengan kirinya pada 3 September tahun lepas.

Lelaki itu mendakwa bekas teman wanitanya itu juga telah menghalaunya keluar dari rumah dan menghalangnya dari melihat anak dan selepas itu dia ada menghubungi wanita itu dalam usahanya untuk berbaik semula demi kepentingan anak mereka.

Beliau mendakwa niatnya itu dibalas dengan kata-kata yang mengejutkan di mana defendan telah menyatakan bahawa plaintif sebenarnya dipergunakan sebagai alat pemuas seks selain bagi mendapatkan sperma miliknya yang membolehkan defendan memperolehi anak genetik orang Eropah.

Ahbabovic menuntut gantirugi itu kerana penggunaan spermanya dalam usaha mendapatkan anak dengan cara yang salah, dan memohon supaya beliau disah dan didaftarkan sebagai bapa di dalam sijil kelahiran anak lelakinya, faedah, kos dan lain-lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - 4/9/13


Lelaki Bosnia Ada 20 Kes Jenayah

[HM] Kuala Lumpur: Wanita tempatan yang disaman RM600,000 oleh seorang lelaki Bosnia, kelmarin kerana didakwa memperalatkan lelaki itu untuk sperma berkualiti tinggi sebelum ini pernah mengadu kepada Biro Pengaduan Awam MCA, mendakwa dia dipukul.

Pengerusi biro itu, Datuk Seri Michael Chong berkata, wanita termpatan terbabit yang berusia 29 tahun ada bertemu dengannya di pejabatnya sebanyak dua kali selepas membuat laporan polis mendakwa dia dipukul lelaki berkenaan yang ketika itu kekasihnya, Mac lalu.

“Memang wanita itu ada membuat aduan kepada kami berhubung kekerasan dan salah laku lelaki terbabit terhadap dirinya namun, memandangkan kes itu sudah dibawa ke mahkamah saya enggan mengulas lanjut,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan lelaki warga Bosnia terbabit, Ervin Ahbabovic, 41, selaku plaintif memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menuntut RM600,000 daripada bekas teman wanitanya kerana mendakwa dipergunakan wanita itu.

Dalam penyata tuntutannya, Ervin mendakwa dia dipergunakan defendan bagi memperoleh cahaya mata lebih baik berbanding sperma warga tempatan atas persepsi genetik orang Eropah mempunyai kualiti tiada tandingan, juga dipandang hebat.

Sementara itu, Chong berkata, sebelum ini, pihaknya juga pernah mengendalikan kes bekas isteri lelaki itu yang memohon bantuan pihaknya selepas lelaki terbabit membawa lari dua anaknya pulang ke negara asalnya (Bosnia) pada 14 April 2006.

“Lelaki terbabit dikatakan memujuk bekas isterinya untuk membawa anak mereka pulang bercuti ke negaranya, namun apabila berada di negara itu, kanak-kanan berkenaan dikurung dan dihalang daripada pulang ke Malaysia.

“Berikutan itu, kami melalui Wisma Putra dan Pejabat Kedutaan Malaysia di Bosnia bekerjasama dan berjaya membawa pulang kedua-dua kanak-kanak itu untuk dipertemukan dengan ibu mereka yang juga warga tempatan dengan selamat pada 22 Julai tahun sama,” katanya.

Chong berkata, lelaki itu juga pernah disabitkan kesalahan dengan jenayah gangguan seksual. Malah, beberapa wanita lain juga pernah membuat laporan sama terhadap lelaki terbabit.

Sementara itu, menurut sumber, lelaki yang memiliki taraf penduduk tetap (PR) itu dipercayai mempunyai lebih 20 laporan polis berhubung jenayah keganasan rumah tangga selain pernah dipenjara atas kesalahan berkenaan.

“Terdapat beberapa mangsa yang juga wanita tempatan yang sudah membuat laporan polis selepas mereka mendakwa menjadi mangsa keganasan lelaki itu,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi pula mengesahkan ada laporan berkenaan dibuat ke atas lelaki itu di sekitar Kuala Lumpur membabitkan kes keganasan rumah tangga.

Ervin ketika dihubungi semalam pula menafikan dia terbabit kes keganasan rumah tangga dan gangguan seksual, sebaliknya memberitahu wujud satu akaun sosial palsu yang menggunakan namanya berserta pengakuan jenayah yang konon dilakukannya. - 5/9/13



Tidak Masuk Akal

[HM] Kuala Lumpur: “Ia satu penghinaan, tuduhan melampau dan tidak masuk akal,” kata wanita yang didakwa bekas teman lelakinya mempunyai keinginan seksual tinggi kerana melakukan hubungan kelamin sehingga enam kali sehari dengan setiap sesi selama satu jam.

Wanita berumur 29 tahun itu yang mahu dikenali sebagai Madeleine, berkata dakwaan bekas teman lelakinya, warga Bosnia Ervin Ahbabovic, 41, amat menjatuhkan maruahnya kerana ramai memandang serong terhadapnya dan menganggap dia gila seks. 

“Saya tertekan dan malu dengan berita itu, lebih buruk lagi, beberapa rakan perniagaan sudah menarik balik kontrak perjanjian yang ditandatangani sebelum ini, sekali gus menutup periuk nasi keluarga saya,” katanya pada sidang media semalam. 

Rabu lalu, Ervin memfailkan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM600,000 di Mahkamah Sesyen, di sini, terhadap Madeleine dan mendakwa dia dipergunakan bekas teman wanitanya itu.


MADELEINE (tengah) bersama Chew (kanan) di Wisma MCA, Jalan Ampang, semalam.


Dalam penyata tuntutannya, Ervin mendakwa dia dipergunakan Madeleine bagi memperoleh anak lebih baik berbanding sperma warga tempatan atas persepsi genetik orang Eropah mempunyai kualiti tiada tandingan, juga dipandang hebat. -7/9/13

Berkaitan:




Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH