Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Selasa, 20 Disember 2011

Alasan Bodoh Perkasa Dakwa Kononnya Orang Melayu Tidak Turun Mengundi Jika Guna Dakwat Kekal



Tidak habis-habis Perkasa membuat lawak jenaka untuk kepentingan politik "bos" mereka. Terkini, Perkasa mendakwa orang Melayu tidak akan keluar mengundi jika dakwa kekal digunakan dalam PRU 13 nanti.

Apa alasan mereka?

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali seperti yang dilaporkan oleh TMI menegaskan bahawa pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.

Selain itu kata beliau, Perkasa percaya banyak pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan.

Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum.

Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan,” katanya.

Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh sebab cara itu  membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.

“Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.

“Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?” katanya.


Siapa sangka Perkasa yang menjerit nama Melayu dalam isu tertentu pendek akal hingga memberikan alasan sebodoh itu? Jika diperhatikan, Perkasa sebenarnya langsung tidak memberikan hujah sebab Melayu dan orang Islam tidak mahu menggunakan dakwat kekal.  Adakah orang Melayu/Islam tidak mahu menggunakan dakwat kekal semata-mata hanya kerana cara itu digunakan di kebanyakan negara dunia ketiga? Melayu mana yang boleh menerima alasan bodoh ini? Melayu Perkasa?

Sebelum bercakap mewakili Melayu, Perkasa tanyalah diri dulu, setiap kali mereka mengadakan demontrasi, berapa kerat orang Melayu datang menyokong mereka dengan hati yang ikhlas? 20 orang, 50 orang? Daripada jumlah itu, berapa banyak SB dalam kalangan mereka, berapa banyak pula warga asing upahan dalam kalangan mereka?

Negara-negara yang dikatakan mundur ini sebenarnya lebih cerdik dalam menangani penipuan pilihan raya. Malah, penggunaan dakwat kekal jauh lebih murah daripada penggunaan sistem canggih yang dicadangkan oleh kerajaan yang terdedah dengan segala macam manipulasi. 

Selain menyebut nama-nama negara di atas, Perkasa perlu juga menyebut Indonesia, Filipina, Mesir, Tunisia, India, Lubnan, yang turut menggunakan dakwat kekal untuk mengelakkan penipuan pilihan raya. Hebat atau maju sangatkah Malaysia sampai Perkasa menghina negara-negara yang menggunakan dakwat kekal?

Carilah alasan yang lebih logik!



P/s: Penggunaan dakwat kekal hanya satu daripada 8 tuntutan utama BERSIH 2.0. Penggunaan dakwat kekal sahaja tidak dapat menjamin 100% pelaksanaan pilihan raya yang telus dan adil. Sebelum PRU 13, kita perlu memastikan semua tuntutan pelaksanaan pilihan raya yang BERSIH dipenuhi.




  1. Alhamdulillah,sekiranya ahli-ahli Pekosa tak turun mengundi kerana dakwat kekal.Pakatan Rakyat tak akan rugi apa-apa kalau ahli-ahli Pekosa tak turun mengundi.Tahniah Brahim Katak.Ini juga bermakna Brahim Katak tidak akan bertanding dalam PRU 13 nanti sebab tiada siapa yang bangang akan mengundi dia.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Disember 20, 2011 11:11:00 PTG      
  2. bosan dengan politik negara dan pertubuhan badan-badan bukan kerajaan yang tidak munasabah seperti perkasa , hindraf dan lain2 yg sewaktu dengannya..perkasa katanya memperjuangkan melayu,islam tapi akhirnya orang melayu sendiri yang hendak ditanam dan dizalimi..

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Januari 03, 2012 2:42:00 PG      
  3. sorry ye nak nyampok sikit..kenapa manusia yg diknali melayu perkasa sangat tak perkasa sangat sampai memijak holy bible ?? korang tak takut pada "ALLaH" korang ke?? tuhan lebih sayang kita orang ler. sebab kita org langsung tak buat apa2 pun.semua nya kutuk kan untk kami.hanya ingin mnjatuh kan kami.. korang masuk hutan and sesat tak da mkanan.korang pun mkan benda haram kan.dlm intrnet melayu yg bnyak maslh.kristn ada ke tak? pikir la sndiri..

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Februari 27, 2013 11:59:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH