[Kemas Kini] Remaja Dipaksa MELACUR Seminggu
Saya petik:
Gadis diperdaya suami isteri, teman lelaki
[BH] SEREMBAN: Seorang gadis 19 tahun melalui pengalaman ngeri apabila dipaksa menjadi pelacur selama tujuh hari bulan lalu selepas diperdayakan sepasang suami isteri dan teman lelakinya sendiri.

Mangsa dari bandar ini, dipaksa melacurkan diri di hotel bajet sekitar bandar ini dan Rantau serta Bahau di Jempol tetapi berjaya melarikan diri pada 27 November lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata mangsa yang berasal dari keluarga miskin dan tamat sekolah rendah, bukan saja dikurung dan tidak diberi wang, malah turut didera.
Katanya, teman lelaki mangsa bersama pasangan suami isteri itu berjanji membantu mendapatkannya kerja sebagai pembantu rumah.
“Mangsa bukan saja tidak mendapat pekerjaan, sebaliknya dipaksa menjadi pelacur,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.
Bagaimanapun, Hamdan berkata, mangsa berjaya melarikan diri dari hotel bajet di Bahau dan kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Berikutan itu, katanya, polis menahan teman lelakinya dan sepasang suami isteri berusia antara 24 hingga 28 tahun yang akan didakwa mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini.
P/s: Jangan mudah percaya cakap orang!
Kemas Kini (17/12):
[HM] SEREMBAN: Padah memaksa seorang wanita melacurkan diri, sepasang suami isteri dan teman lelaki mangsa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan memukul dan melacurkan mangsa di sebuah hotel di sini, bulan lalu.
Tertuduh, M Ramesh, 27, dan isterinya, R Umadevi, 28, dari Melaka serta S Alagernthiren, 24, dari Klang, Selangor mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Nursinah Adzmi dan meminta dibicarakan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama memukul mangsa berusia 19 tahun menggunakan kerusi dan mengugut membunuhnya jika dia enggan melacur di Hotel Famous di sini, pada 11 pagi, 22 November lalu.
Mereka juga didakwa menerima wang hasil aktiviti pelacuran itu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan boleh dihukum mengikut peruntukan sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 20 tahun serta denda.
Nursinah menetapkan ikat jamin RM25,000 setiap seorang dan kes disebut semula 31 Januari depan.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.