Suami CEMBURU Potong Jari Isteri. Cemburu Apa?
Polis Bangladesh berkata, mereka akan memfailkan tuduhan terhadap pekerja asing yang memotong jari tangan isterinya sebagai hukuman kerana melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di sebuah kolej tanpa kebenarannya.
Rafiqul Islam didakwa mengikat isterinya berusia 21 tahun, menutup mulutnya dengan pelekat dan kemudian memotong lima jari tangan kanannya selepas beberapa jam kembali dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Ketua Polis Mohammad Salauddin.
"Dia marah kerana isterinya menyambung pelajaran di kolej. Dia cemburu kerana dirinya hanya menerima pendidikan sehingga gred 8, manakala isterinya pula melanjutkan pelajaran di kolej," katanya
Rafiqul Islam
"Selepas dia pulang ke Bangladesh, suami mahu mengadakan perbincangan dengan saya. Tiba-tiba, dia menutup mata saya dan mengikat tangan saya," kata Hawa kepada wakil BBC tempatan.
"Suami menutup mulut saya dan mengatakan bahawa dia akan memberikan saya beberapa hadiah kejutan. Sebaliknya, dia memotong jari saya."
Menurut Hawa, suaminya yang tidak berpendidikan tinggi enggan membenarkannya melanjutkan pelajaran di kolej. Semasa perbualan telefon sebelum kejadian, suaminya memberikan amaran tentang "akibat buruk" yang bakal diterimanya jika engkar akan arahannya.
Hawa Akther berharap dapat meneruskan pengajian dan menggunakan tangan kirinya untuk menulis selepas doktor mengesahkan jarinya tidak boleh disambung semula.-DCM

P/s: Hanya kerana cemburu isteri bakal menerima ijazah suatu hari nanti, lelaki bingai ini sanggup bertindak kejam. Gila!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.